Showing posts with label Adam Haziq - alfatihah. Show all posts
Showing posts with label Adam Haziq - alfatihah. Show all posts

apabila rindu datang

r.i.n.d.u

terakhir saya pakaikan untuk dia, adam haziq - anak syurga saya.
dan kemana sahaja saya membawanya. walaupun sudah 8 bulan berlalu.
 

 


ada yang pernah bertanya, rindu x saya pada adam haziq.
ada yang bertanya, bagaimana saya urus diri dgn anak saya yang telah pergi.
 
1. soal jiwa.
 
sakit jiwa. ayat yang agak keras kan. tapi itu juga terjadi pada saya. kerana rindu yang dipendam akhirnya, jiwa tertekan. bagaimana saya tahu saya sakit? apabila harian saya lalui dengan sakit kepala macm migrain dan saya terlalu letih dan lesu. 
saya ke hospital. dan akhirnya, doktor yang bertugas mengatakan saya dalam tekanan.
 
tekanan sehingga melumpuhkan kesihatan saya. menjadikan saya kepala saya sakit. berdenyut2. saya tidak boleh berfikir dengan waras. tidak mampu bekerja lagi.
 
2. rindu sgt2
 
jika diizinkan ingin saya ke kubur menziarahinya pada setiap hari dan waktu. untuk apa? itu yang saya persoalkan pada diri saya. untuk apa? untuk menangis. untuk mencari adam haziq. untuk termenung. atau untuk mencari kesedihan.
 
angkat muka, angkat wajah. katakan pada hati yang kita adalah dipilih untuk melalui nya hari ini. kita adalah yang paling layak untuk menerima dugaan sebesar ini. siapa kita untuk tidak meredhai akan setiap percaturan ilahi. yang telah pergi xkan kembali. tetapi kenangan dan pengajaran pasti ada untuk kita perbetulkan diri. pasti ada hikmahnya.
 
3. saya masih memiliki banyak harta yang lain
 
saya kena tahu 
saya kena yakin
saya kena tahu 
yang saya masih ada qisha dan haris. saya seorang isteri. seorang anak. seorang yang bekerja makan gaji.
keluarkan diri saya dari kesedihan, kerinduan. bangun dan bangkit agar hati tidak mati dikuasai oleh jiwa yang telah rosak. bangun dengan positif.
 
;
 
>>>> orang xlalui pengalaman saya. jadi jangan bercakap dengan mereka yang tidak merasai/ tidak punya pengalaman yang sama.
 
kenapa? kerana mereka akan memberikan kata-kata palsu. kata-kata kononnya positif tetapi tidak jujur.
 
>>> saya tidak memperajakan halusinasi. 
bagaimana halusinasi berlaku?... apabila saya melihat baby2 baru dilahirkan, gambaran wajah haziq datang dan datang. dan beserta dengan gambaran usia dia sekarang. 8 bulan = sudah boleh meniarap. akhirnya wujud kesedihan menggunung.
keluar dr halusinasi. keluar.
 
>>>> saya yakin satu hari nanti saya akan bertemu dengan adam haziq. di syurga allah insyallah. 
 
 
 
 


 

jangan amik mudah baby menangis berpanjangan

saya bukan doktor, saya bukan misi, saya bukan bidan.

maaf jika ada tersalah dalam entry saya ini.

pengalaman saya,
adam haziq menangis dan tak nak menyusu dari pukul 1 pagi (hari pertama kelahiran) sehingga pagi esoknyer pada pukul 6 pagi. (pukul 1 pagi itulah yang saya perasan masa terakhir adam haziq menyusu)

masa ni, saya dalam wad pematauan selepas bersalin. berkali-kali misi datang amik adam haziq dan kembalikan semula kepada saya.

pada mulanya, saya perasan misi bagi susu kepada adam haziq.
tetap menangis.

kemudian, dimandikan.
juga menangis.

kemudian misi sapukan minyak angin diperut di dada adam haziq 
tetap menangis.

amik ke dalam sana (tempat misi) dan kembalikan pada saya,
tetap menangis.

masa ni, adam haziq dah menolak susu saya. saya dapat rasakan dahinya sedikit panas (dedar).
saya maklumkan kepada misi, demamker anak saya?
kata misi, TIDAK.

masa ni, misi tetap berkeras suruh saya menyusukan adam haziq. dan marah bila saya katakan adama haziq tak nak menyusu. Katanya, saya telah sycho adam haziq. emmm

anda sebagai yang akan bersalin.

jangan percayakan sesiapa disekeliling anda. walau dia pakar dalam profesion tersebut. yakin dgn kata hati tetapi jangan melampau. jadi,

di dalam beg persedia bersalin, lengkapkan juga :

- alat cek suhu anak
- minyak angin

jawapan kepada entry saya,

setiap tangisan baby ada ceritanyer. ada keinginannya.

teriakan kelaparan lain bunyinya.

teriakan dirasuk hantu lain bunyinyer

teriakan sakit yg kronik seperti adam haziq juga lain bunyinyer.

jadi, sebagaimana misi yang menjaga adam haziq pernah memberitahu saya, kami ini dilatih untuk mendengar bunyi teriakan, bunyi mesin nyawa, dan pandangan fizikal untuk melihat kesakitan baby2.

faham kan.

maksudnya, jika baby anda luar biasa menangis, rujuklah kepada hospital pakar dengan segera. hospital pakar bukan bermaksud hospital swasta semata-mata.

mungkin, baby anda masih boleh diselamatkan.
google jenis tangisan. halusi.
dan berdao supaya anak anda tidak sakit dan anda berjaya mengesan masalah anak anda.

ini pengalaman saya dan adam haziq yang mana misi dan juga doktor di dalam wad pemantauan tidak tahu yang adam haziq dalam sakit yang teramat dan saya discaj seperti biasa dr wad bersalin.


 

akhirnya saya ambik surat ni!

Memang tak nak pun saya ke HRPZ Kota Bharu, ke klinik pakar kanak-kanak untuk amik surat ni.





tapi,

sebab Doktor Raja Solehaton - doktor pakar kanak-kanak Hospital Tanah Merah. 
Sebab Adam Haris di bawah pemantauan doktor raja. 

(sekali lagi air mata jatuh dari hospital sampailah ke tempat parking kereta, kat stadium nuuu) rindunyer ke sayang saya ni. Tapi 
ini semua adalah daripadaNYA. Dia lebih mengetahui. Insyallah.

lama saya menyimpan surat ini. Lamaa. 

seterusnya, saya akan bawa surat ni ke pakar genetik, HUSM.

dan segala pecahan kromosom, dna, inborn error sekali lagi akan diterangkan pada 31.10.2016 nanti.

soalan saya : kuatkah saya untuk mendengarnya?
percayakah saya kepada teori sains?
 

anak saya meninggal dan berpantang tanpa anak

(Lama saya tidak bercerita mengenai Adam Haziq, sebab saya ingin menulis dalam keadaan waras dan tenang dan tidak beremosi)


Semalam - 29/5/2016 (Ahad)

saya dipanggil untuk mendengar dari sudut sains akan punca kematian anak saya.


108 hari Adam Haziq kembali kepada penciptanya dan saya juga akan kesana bila sampai masanya (masa yang hanya Dia maha mengetahui).

Kenapa anak saya ?

Jika baby lain minum susu, susu akan dicernakan akan dialirkan sebagai zat dan akan menjadi penyumbang tumbesaran kpd baby tersebut.

Manakala anak saya mengalami kerosakan kepada struktur kromosom dan akhirnya proses kitaran dalam tubuhnya adalah tidak lengkap. akhirnya, kitaran cuma berlaku separuh sahaja menghasilkan amonia @ toksid di dalam tubuhnya. Hasilnya adalah pada kadar luar biasa dan terlalu tinggi. 

kita,  untuk menjadi seorang perempuan memerlukan kromosom X dan X manakala lelaki memerlukan X dan Y. disebabkan faktor genetik, saya mengalirkan kromosom X yang rosak (genatik faktor). proses pembentukan xx atau xy hanya Dia yang berkuasa tetapi sains menyatakan X saya mengalami masalah dan menyebabkan kesan (inborn Error) kepada anak saya. 

hmm...agak sains. Agak complicated. 

Jika anak saya xx, maka dia kuat kerana adanya aliran kromosom  x dari suami. Tetapi bila gabungan x dan y, hanya y yang baik manakala x mengalami kerosakan. 

cuba anda bayangkan jika kita membawa kenderaan yang enjinya bermasalah. akhirnya masalah kepada pelbagai perkara kan. begitulah kromosom. Asasnya adalah kerosakan kromosom dan akhirnya masalah untuk hidup.

Saya tanya, ada tak yang boleh hidup dan macmana penghidupanya.

1. kata doktor, ada ! tetapi tidak sempurna.

ada !. tetapi bergantung kepada PD dan kawalan pemakanan sepenuhnya. (PD tu katanya mcm dialisis untuk pesakit buah pinggang. Bayangkan anak berusia 2 hari dh perlu ditebuk perutnya untuk keluarkan toksid didalam tubuhnya, subhanallah).

saya kata, kesianya...

kata doktor, lagi kesian kalau membiarkan toksid di dalam tubuhnya.


sehelai ni jer kain yang saya sempatkan pakaikan kepadanya. Masih belum berbasuh (air mata saya jatuh, saya cuba untuk tidak menangis hari ini, tetapi tidak berjaya)

Maksudnya, anak saya inborn error dan spesific to OTC. 

kata doktor mungkin kes saya 1 / 10 000 baby. mungkin. 


saya.

Saya perlu senyum. Saya perlu kuat semangat. Saya perlu yakin. Kerana mati itu pasti tetapi penghidupan wajib saya teruskan.

Berpantang tanpa anak adalah memori saya untuk anak ke tiga. Tetapi untuk kelahiran akan datang saya tidak lagi boleh melahirkan di hospital2 biasa melainkan HUSM ataupun HKL. 

Kenapa? Sebab  jika saya mengandungkan anak lelaki dikhuatiri akan menjadi perkara yang sama. kerana OTC ini hanya kepada anak lelaki SAHAJA. Tetapi, saya yakin kepada keteapan yang maha kuasa. saya yakin kepada solat hajat dan DOA. Saya yakin allah maha menentukan segalanya. Saya yakin saya ada Allah.

Saya berharap saya akan terus tersenyum bahagia. Saya berharap saya akan terus waras dalam segala perkara. Saya berharap saya akan rasional.

Saya tahu diri saya kini terlalu lemah. Saya tahu saya tidak kuat untuk berdepan dengan kenyataan. untuk menerima kenyataan bagi perkara yang telah berlaku dan akan berlaku.

--------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk


#Kedai Perfume




Kes kematian anak saya masih dalam siasatan

"Misi : Puan, saya dari Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai. Blh saya tahu kenapa anak puan masuk ICU "

Soalan ini memang menjadikan saya naik angin naik minyak, naik segala-galanya. 
Soalan  yang tak masuk akal bagi saya.

Saya ni bukan profesion kedoktoran, kemisian, atau kemasukan ke ICU. Kenapa perlu tanya saya? 

Tahu tak, perasaan saya????

Hari Kedua Kelahiran : 1.00 pagi hingga 6.00 pagi : anak saya menangis tak berenti2. Sambung balik pukul 9.00pg sebab misi kejut nak cucuk 'bcg' sampai lah saya keluar dari wad.

Sampi pukul 3.00 ptg x berhenti menangis. Masa ni kami di rumah. Pukul 3 tu baru berhenti menangis dan berhenti sehingga ke akhir nafasnya. dan itulah kali terakhir saya mendengar suaranya.

soalan saya ? 
Kenapa Hospital Machang bagi score ank saya 9/10.
Kenapa Hospital Machang discajkan saya dalam keadaan baby xberhenti menangis.

Masa malam anak saya menangis xhenti2, kenapa dok cakap anak saya ni kebung, anak saya ni kena baca ayat-ayat quran takut kena sampuk.

Dan soalan saya, kenapa Hospital Machang tak letakkan saya dalam red zone dan menyegerakan check keadaan anak saya. Kenapa saya harus menunggu lebih 3 jam. Kenapa???

~Catatan saya yang terlalu marah hari ini seolah-olah sayalah yang gila-gila masukkan anak saya ke ICU. Sedangkan sampai sekarang saya xtahu punca berlakunya anak saya meninggalkan saya. Cuma yang tertera di surat mati ialah IEM.


---------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk


#Kedai Perfume


tarikh baru dari nurse

Next tarikh utk menjelaskan punca kematian Adam Haziq : 15 Mei 2016 (AHAD)


Permata hati ke -3
hadirnya di sisi saya cuma 5 hari
24 jam dalam kegembiraan dan selebihnya adalah keresahan/kesedihan

Yang jelas di telinga saya, dia pergi disebabkan Inborn Error Of Metabolic.

satu penyakit yang terjadi apabila kerosakan kromosom atau kekecelaruan kromosom.

Bagaimana diri saya?

saya tidak mampu untuk mengiakan penyakit tersebut. Saya merasakan penyakit tersebut hanya penyebab untuk ditulis di surat kematian. Lebih kepada urusan sains.

Di hati saya, saya redha untuk masa saya dan Adam Haziq lama cuma di masa dia berada di dalam kandungan saya.

Ini adalah ketetapan dari DIA dan juga memperingatkan saya akan kematian yang boleh berlaku pada bila-bila sahaja.

15hb nanti doktor akan menerangkan tentang 
nama penyakit
punca penyakit
apakah akan berlaku kepada saya dan seterusnya
dan itu cuma teori sains semata.

saya, masih tetap merindui Adam Haziq dan dia adalah kenangan abadi saya. Saya redha kerana dia cuma pinjaman dari Nya dalam tempoh terlalu singkat untuk saya.

Buku merah AKA buku daftar mengandung

Lagi sekali, 
saya panggil buku merah iaitu buku daftar mengandungkan Adam Haziq menjadi popular dan glemer. Nurse KK datang ke ofis mintak saya bawa balik buku tersebut untuk kertas siasatan kes kematian Adam Haziq.



Saya?

sekali lagi perasaan sedih, luluh, sayu datang kembali. Perasaan rindu yang teramat kepada Adam Haziq datang lagi.

Pada 11.2.2016 Jam 7.00pagi.

Selama Adam Haziq di NICU HRPZIIKB, kami hanya tidur di dalam kereta atau berada diluar dari bilik Adam Haziq ditempatkan. Saya langsung tidak keluar dari bangunan hospital tersebut. 

Pagi tu selepas mandi, seperti hari sebelumnya, saya pergi menemani Adam Haziq.
Saya pegang tanganya dengan tangan kanan saya.
Saya pegang keningnya, ubun-ubunya, rambutnya, hidungnya, matanya dengan tangan kiri saya.

Lama.. Sampailah papanyer mintak saya keluar untuk bersarapan. Ya, saya keluar dengan niat untuk memerah susu dan akan datang kembali.

Semasa bersamanya, saya berselawat, saya bacakan ayat-ayat ringkas dari surah-surah dalam al quran. 

Apabila tangan saya mengusap matanya, Saya berkata. Tidurlah sayang mama, tidurlah dirumah allah. Mama tidak mampu lagi untuk melihat adik terus disakiti oleh jarum yang dicucuk sana sini, oleh orang-orang yang terus mengambil darah adik dan mama tidak sanggup untuk tgk adik yang terlalu lemah.

Saya tidak kuat. Saya hilang semangat saya apabila melihat keadaan Adam Haziq. Dia sawan yang berterusan. Perutnya kembung sebagaimana orang yang lemas di dalam air. Perutnya tegang, buncit. Bacaan segala bacaan menunjukkan semakin lemah. Matanyer terpejam rapat. Apbila saya buka melihat mulutnya, lidahnya terkeluar seperti dia kancing gigi.

Saya seorang ibu. Saya tidak mampu untuk terus melihat anak saya sakit. Saya juga sakit. Dengan penuh kesedihan saya menyatakan ayat yang sangat sukar untuk saya katakan. Tetapi bila keadaan Adam Haziq semakin lemah, saya redha untuk berdoa supaya Dia yang maha ESA supaya memudahkan urusan Adam Haziq.

Sejurus saya keluar dari bilik Adam Haziq untuk bersarapan, sedang saya memerah susu yang saya masih berharap untuk Adam Haziq, Nurse menghubungi hp saya meminta saya turun ke wad dengan segera.

Saya ke sana.

Dengan harapan Adam Haziq masih bernafas walaupun tersangat lemah. dan berakhir di riba saya. Kuasa allah menentukan segalanya. Saya tahu saya begitu lemah untuk melihat sendiri sebuah perpisahan. 

Nurse bertanya sama ada saya nak riba Adam Haziq atau tidak. Saya angguk kerana masa tu saya yakin Adam Haziq masih bernafas, masih bernyawa.

Saya pakaikan dia sangan sarung tangan terakhir yang saya pakaikan sebelum didiscaj dari wad Hos. Machang.

     
Saya pakaikan di sebelah tangan kanannya. Tangan kirinya terlalu banyak wayar ubat. Misi Letakkan Adam Haziq diriba saya. Masa tu kepalanya dh terkulai. Tetapi saya masih merasakan dia bernafas, dia bernyawa.

Lama dia di riba saya, sehinggalah papa Adam Haziq menyedarkan saya yang Adam Haziq telah tiada. Graf diprint dari mesin untuk melihatkan jantungnya telah berhenti.

saya sedar dalam hakikat yang sebenar-benarnya. Adam Haziq telah tiada. Adam Haziq telah pergi dan kami akan berpisah untuk selama-lamanya.

Saya kembalikan Adam Haziq kepada nurse. Nurse mintak kain batik untuk menutup Adam Haziq.
Tubuhnya dibalut dengan kain putih
Di kaki dan kepalanya di ikat dengan tali putih.

saya memegang tali putih yang diikat di kepalanya.

----------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk



#Kedai Perfume


Redha


Saya selalu menutur perkataan R.E.D.HA. 

Teteapi

saya tidak tahu apa maknakata sebenar redha. Tetapi hari ini saya amat berharap hati, jiwa dan perasaan saya telah redha dengan pemergian Adam Haziq.

Hari ini, nurse Klinik Kesihatan Kuala Krai datang ke bilik saya, ke ofis saya untuk mendapatkan buku mengandung ibu AKA buku merah. Kenapa? untuk persiapan kertas siasatan bagi kes kematian Adam Haziq.

Saya tidak menangis hari ini. Dalam hati saya berkata, nurse sedang melaksanakan arahan yang ditugaskan ke atasnya. tetapi, pemergian Adam Haziq telah ditetapkan. Saya tidak akan membuat apa-apa tindakan ke atas hospital atau menyaman mana-mana pihak kerana saya yakin Adam Haziq hanya dipinjamkan untuk sementara sahaja.

Saya seorang ibu yang telah melahirkan Adam Haziq. Adam Haziq dilahirkan normal dengan berat 3.45kg dan bagi saya Adam Haziq sangat comel. 
Apabila dia telah pergi, saya tidak lagi boleh melihat dia, memegang dia, memeluk dia dan segalanya sebagaimana saya lakukan kepada Qisha dan Haris.

Tetapi ini adalah ketetapan. Jika saya terus menurut kata hati, emosi dan jiwa saya akan diganggu. Saya akan menjadi orang yang tidak normal. Dan saya perlu bangun bagaikan masa untuk saya hidup ada lagi 100 tahun. Dan saya perlu mengingatkan kematian yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Ibu-ibu yang juga merasai kehilangan/kematian anak seperti saya, saya memahami perasaan itu. marilah kita dekatkan diri dengan DIA yang maha ESA. Lebih dekat dan lebih dekat. Beribadatlah sesungguhnya disitu terdapat ketenangan. 

Saya mesti tahu bahawa saya ada suami dan saya ada anak iaitu Qisha dan Haris. Dan saya juga punya ibu dan ayah dan juga adik-beradik. Jiwa saya mesti hidup dengan penuh keyakinan. Redha akan segala yang telah ditetapkan. Insyallah.


Perjalanan saya dan Adam Haziq

Hari ke- 68 Adam Haziq kembali kepadaNYA.

Ya saya redha, dan untuk kesekian kalinyer saya mengingatkan diri saya untuk meneruskan kehidupan dengan penuh keceriaan dan kegembiraan bagaikan kehidupan di dunia ini bertempoh lagi 100 tahun dan kematian itu pasti berlaku dan mungkin esok saya juga akan kesana. 

Dengan kehendaknya, 6hb Feb 2016 (2.30pg), Adam Haziq dilahirkan. Kata org tua, kelahiran dengan air ketuban yang 'pecah secara sendir 'ni xsakit. Alhamdulilah, memang mudah dan tidak sakit seperti kelahiran pertama dan kedua. 3.45kg kata nurse yang bertugas.

seperti biasa, Adam Haziq juga diletakkan di dada saya sebelum tali pusat dipotong. saya peluk Adam Haziq dan saya susukan. Ya, dia sihat, dia sudah mula memberi tindakbalas untuk menyusu. Kata Nurse, pandainya dia.. sepanjang berada di  labour room, saya berzikir dan membaca ayat-quran yang mudah sebagaimana pesanan ibu. Biar anak kita melihat dunia bermulakan dengan mendengar surah al quran. Sejuk tubuh Adam Haziq. Saya masih terasa saat memeluknya sebelum nurse mengambil dia dari saya untuk dimandikan dan dibersihkan.

Lebih kurang 2 jam di Labour room, saya dan Adam Haziq dipindahkan ke wad utuk pemantauan. 

Sampai di wad, saya memaklumkan Adam Haziq telah bersama saya sekarang kepada papa Adam Haziq. Hampir 2 minggu papanyer bersusah payah supaya dapat bersama-sama di saat Adam Haziq dilahirkan. Namun telah ditetapkan, selepas beberapa jam dia selamat sampai diPahang, saya pula melahirkan Adam Haziq. Adam Haziq dilahirkan lebih 4 hari dari duedate yang diberikan oleh pegawai perubatan.

dr waktu kelahiran sehingga masuk hari baru iaitu 7hb feb 2016, Adam Haziq seperti 2 anak saya yang sebelumnyer dan seperti baby-baby lain. alhamdulilah.

pukul 1 pagi - 6 pagi / 7.2.2016 (Ahad) / hari kedua kelahiran...Adam Haziq menangis dan menangis dan menangis. Apa yang saya boleh buat? saya hanya menyusu, membacakan ayat-ayat suci, riba dia, peluk dia.
dan Adam Haziq tetap menangis. Menangis pada kadar luar biasa. Ketika ini, dia menolak susu saya. Saya peluk dia, saya cium dahinya, terasa sedikit panas. Berkali-kali nurse datang cuba bantu, ambik Adam Haziq bawak ke bilik belakang dan bagi balik pada saya tetapi keadaan masih sama. Adam Haziq tetap menangis dan menangis. 
Terima Kasih nurse-nurse yang bantu saya kerana risaukan saya dan menasihatkan supaya jgn terlalu duduk dan jaga jahitan yang banyak. Pukul 4 pg, nurse mandikan Adam Haziq, mungkin pd pemikiranya Adam Haziq kepanasan. Entahlah, tetapi keadaan tetap sama Adam Haziq menangis dan menangis dan tidak menyusu.

Azan subuh , akhirnya Adam Haziq keletihan. saya dan dia tidur. masih di ingatan saya, ketika itu Adam Haziq hanya inginkan saya peluk dia, dia tidur di dada saya dalam keadaan saya duduk. Tapi sayang, mama tidak mampu untuk duduk ketika itu, mama masih baru melahirkan sayang. Bila saya letakkan Adam Haziq perlahan-lahan, dia bangun dan menangis. Akhirnya saya peluk dia di dada saya dan saya tidur dalam keadaan duduk. Kami kepenatan....

9.00 pagi, doktor dan nurse menjalankan pemantauan sebelum proses di discaj. saya dan Adam Haziq dibenarkan balik dengan Adam Haziq diberikan skor 9/10 oleh doktor. Pada masa ni Adam Haziq turut dicucuk BCG.
dan Adam Haziq bangun  dr tidur dan menangis dan menangis.

saya dibenarkan balik pada jam 2 petang dan sehingga ke rumah Adam Haziq menangis dan menangis. Sampai dirumah, Adam Haziq masih menangis dan tidak menyusu dan menolak susu saya.

Kata ibu, cuba kita berikan susu tepung, kita try. Saya minta papanyer ke pasaraya berdekatan. Mintak belikan tisu basah, botol susu kecik untuk dia, susu tepung yang plg kecil, Kain Lampin. 
Di rumah, Ibu kerisauan. Dipeluk Adam Haziq, ditenangkan. katanya, kita jgn pakaikan dia pampes, nak tgk dia kencing atau tidak. Adam Haziq masih tetap tidak menyusu. 
Pukul 4 petang, Adam Haziq tidur. saya juga turut tidur disebelahnya.bersamanya. Saya tidak pasti dia tidur atau dia telah terlalu lemah diketika ini. sebenarnyer, Nafas Adam Haziq dr keluar hospital agak berbunyi seperti lelah.

Pukul 5 ptg : Qisha dan Haris kejutkan saya dan kami bertiga makan di dapur (Kakak dan abang Adam Haziq). Dan Adam Haziq masih tidur.

Pukul 7.30 mlm / Azan magrib. Adam Haziq masih tidur dan tidak kencing juga tidak menyusu.

Saya masih tenang sementara ibu kerisauan. Susu tepung saya bancuh. Kata ibu, kita try. Saya kejutkan Adam Haziq dan saya bagi susu tepung menggunakan botol. Namun Adam Haziq menolak. Matanya rapat dipejam, nafasnyer makin kuat bunyinya.
Ibu main risau. Katanya, bawaklah dia ke hospital. 

Kami ke Klinik Kesihatan Batu 30 tetapi tiada staf di unit kecemasan. pada masa ini ialah tahun baru cina. Terlalu jem di kelantan. 
Saya ke Klinik swasta berdekatan. Lebih kurang sejam menunggu, saya dipanggil untuk rawatan. 
Hasil pemeriksaan doktor, suhu Adam Haziq : 37.6, degup jantung normal tetapi tiada tindak balas. doktor ketuk kaki dan terbalikkan Adam Haziq juga tiada tindak balas. Kata doktor, Adam Haziq perlu dirujuk ke hospital. Surat rujukan dibuat dan unit kecemasan di hubungi.
Saya dan papanyer ke Hospital Machang. 

Pukul 8.30mlm - Unit Kesihatan Hospital Machang - Ramai pesakit disana, minggu cuti tahun baru cina. Agak lama saya menunggu untuk rawatan. Adam Haziq masih juga sama, mata terpejam dan nafas berbunyi. Pukul 11 mlm, proses ambik darah yang berbotol-botol. Adam Haziq masih sama, amiklah darah ke apa ke, buatlah, dia tetap sama, mata terpejam dan nafas berbunyi.
dr rumah, saya kata pada Adam haziq, kencinglah sayang kalau adik xnk nyusu pun. sekurang-kurang mama tahu adik masih dgr mama ckp.
Akhirnya, misi memberikan kesemua pakaian dia, baju dia, lampin dia, sarung tgn/kaki dia dan Adam Haziq tidak lagi berada dalam pelukan saya. dan dilampin nyer ada sedikit air kencing. alhamdulilah ya allah, Adam Haziq masih sedar. 
Pukul 12 mlm, saya panggil tong oksigen. xtatahulah..tong di panaskan lebih kurang 30 minit. Pukul 2 pagi saya berada di Hospital Tanah Merah. Saya sendiri berada dalam ambulan untuk bersama Adam Haziq dan Adam HAziq dimasukkan ke dalam tong tu (incubator)
Kekuatan naluri seorang ibu, dan saya berkeras hati untuk bersama Adam Haziq.

Hari ke-3 kelahiran/ 8.2.2016 / Isnin / 2 pagi / Wad kanak-kanak / Hospital Tanah merah
Doktor rafizi yang ditugaskan untuk Adam Haziq. sakit apa Adam Haziq, saya masih tertanya. Saya melihat Adam Haziq seperti sedang sawan, soal saya pd doktor, adakah dia sawan. ya kata doktor, dia sedang sawan. Kita akan berikan dia 3 kali dos untuk menahan sawan. wayar perubatan mula memenuhi Adam Haziq. Lebihan tali pusat dicabut dan dmasukkan wayar-wayar khas untuk ubat. saya masih menunggu dan menunggu perkabaran dr doktor. dan Adam Haziq masih tetap sawan walaupun ubat untuk Adam Haziq tidur telah diberikan tetapi sawan Adam Haziq masih sama. Kata doktor, dia masih berhubung dengan Hospital Besar Kota Bharu untuk setiap tindakan. Soalnyer, jika diperlukan air dari tulang belakang, adakah saya akan membenarkan prosedur tersebut dibuat?. dan penerangan demi penerangan di berikan. Dan saya masih tetap berkata, saya tidak membenarkannya.

Pukul 4 pagi - Adam Haziq dipindahkan ke ICU Hosp. tanah Merah dan turut bersama adalah doktor pakar dr Hospital Besar Kota Bharu. kenapa Adam Haziq masih belum ada jawapan. Kata mereka, jika keadaan Adam Haziq stabil, dia akan dipindahkan ke Hospital Besar K. Bharu

Adam Haziq masih lemah. Terlalu lemah. Mukanya mula membengkak. Wajah comelnyer sudah bertukar. dia tidak berbaju. hanya memakai pampes. Dia sakit, saya tahu dia sakit.Tiada lagi suaranya, tiada lagi senyumnyer, saya tidak boleh memeluknya kini. hanya pelbagai bantuan memenuhi tubuhnya.

Doktor menemuramah saya berselih ganti untuk merekod mengenai sejarah keluarga.

Pukul 9 pagi - keadaan masih sama. Adam Haziq di Icu dan dijaga oleh nurse. saya dibenarkan masuk tetapi tidak boleh menyentuhnya dengan begitu kerap, takut berlakunya jangkitan kuman. Air mata mencurah-curah. Melihat dirinya sedemikian, saya terlupa saya kini di dalam pantang dan saya mempunyai 2 anak lagi iaitu Qisha dan Haris. mujur saya ada ibu yang menyedarkan saya menginatkan saya kepada DIA yang maha berkuasa dan menjaga Qisha dan Haris.

Pukul 9 mlm - Doktor memaklumkan terpaksa memindahkan Adam Haziq ke NICU, Hospital besar Kota Bharu. proses pemindahan perlu disegerakan walau bagaimanapun keadaan Adam Haziq. Sample darah saya juga diambil untuk dihantar ke makmal.


1.30 pagi / hari ke-4 kelahiran : Adam Haziq ditempatkan di NICU, Hospital Kota Bharu. kata doktor, Adam Haziq ialah inborn error. wallahuwalam. 

"ma, doktor harap ma redha dengan setiap apa yang akan berlaku". Kata doktor.

"Doktor, anak saya kenapa?"

Doktor pegang belakang saya, doktor usap belakang saya. dgn susahnyer dia berkata, "ma, anak ma sangat kritikal. doktor amat berharap untuk ma redha dengan setiap apa yang akan berlaku. 

saya angguk. air mata menjadi teman baik saya sejak dari hari kedua kelahiran. saya angguk lemah. mata saya hanya pada Adam Haziq. Dia kaku. dia tidur. sesekali dia sawan. Saya pegang tangan dia, saya cium jari-jari kecil nya, saya usap keningnya. berkata hati saya, ya allah, engkau maha mengetahui akan segala yang akan berlaku. 

Jam kemudianya, saya masuk lagi ke bilik yang menempatkan Adam Haziq. saya berkeadaan sama dan Adam Haziq juga berkeadaan sama. kaku. tidur. dan saya mengusap keningnya, dagunya, tanganya dan kakinya. Tanya saya pada doktor, saya nekad untuk bertanya.
"doktor, blh saya tahu keadaan sebenar anak saya?' ketika itu, hanya saya dan doktor yang ditugaskan untuk Adam Haziq sahaja yang berada di sisi Adam Haziq.

Doktor melihat mata saya, pegang belakang saya, kemudian dia angguk. " Sabar ma, doktor harap ma sabar sgt2. anak ma kritikal. doktor harap kalau terjadi apa-apa, ma redha yer. ma juga telah dianugerakan 2 anak lagi di atas Adam Haziq. mereka sgt perlukan ma."

ya saya paham kini. Adam Haziq kritikal. saya kena bagitahu diri sendiri yang Adam Haziq akan pergi meninggalkan saya.

"Dia akan pergi ker doktor"

Doktor pandang mata saya. Lama. dan kemudian dia mengangguk. Air mata saya bercucuran dan pandangan saya hanya kepada Adam Haziq.

Jam ke jam, saya tidak meninggalkan Adam Haziq. saya melihat tiap inci tubuhnya kerana saya tahu tidak lama lagi masa antara saya dan dia.

Mesin memperlihatkan jantungnya semakin lemah. kesemua bacaan-bacaan yang tercatat di mesin adalah semakin lemah. Saya membuka kelopak keningnya untuk melihat matanya. subhanallah, seperti mata anak patung. saya menangis.
Di ketika itu, saya memegang kening Adam Haziq. saya genggam tanganya. "Bismillahirahmanirahim, ampunkan dosa-dosaku ya allah, aku byk melakukan dosa. Adik tidurlah sayang. tidur dirumah allah. mama halalkan segalanya. Adik tidurlah. Mama sedih tgk adik sakit kena cucuk sana sini. org amik darah adik, ambik dan ambik. adik tidur sayang. tidur yang lena.

saya menangis.

Doktor datang pada saya dan memegang belakang saya.
"Ma sabar yer. doktor tahu ma kuat". saya angguk.

"ma, doktor nak tanya, seandainya adik dh sampai masanya dn mesin tidak lagi boleh membantu dia, adakah mama benarkan prosedur menekan dadanya, tetapi baby akan injured, bleeding"
saya pandang papa haziq. dan saya menggeleng kepala. Saya tidak akan benarkan anak saya sakit dan dia terseksa.

"Doktor, doktor sedang buat apa skarang untuk anak saya"

Kata doktor kesemua organ hampir tidak berfungsi dan kuman mungkin telah berada di dalam kepala Haziq. Doktor perlu lakukan PD sebagaimana rawatan untuk pesakit buah pinggang tetapi risikonya Adam Haziq akan bleeding dan dia terlalu lemah untuk proses pembedahan.

Jam seterusnya, saya berada di sisi Adam Haziq. lama. Dtg seroang nurse. katanya, anak yang sentiasa ada ibu disisinya selalunyer akan bertahan lebih dari ramalan sains. saya phm maksudnya. nurse bersilih ganti yg bertugas akan menyatakan ayat yag sama, "ma redha yer, ma ada ank lain lagi, ini semua kehendaknya, ini adalah ujian untuk ma dan juga misi"..ayat yang sama berulang-ulang. saya tahu, itu untuk menyatakan yang Adam Haziq makin kritikal.

Keadaan Adam Haziq masih sama. tidak bergerak melainkan sawan. saya bukak pampesnyer. saya panggil papanyer, saya tunjuk yang 'bebird' Adam Haziq bengkak. sangat bengkak. Nurse yang menyedari dtg kpd saya dan mintak saya keluar sekejap sementara dia uruskan Adam Haziq.

Saya berada dalam kereta dan ternampak borang daftar kelahiran. saya menangis. menangis. Papa Adam haziq usap belakang saya. kata saya padanya, adakah kita akan daftar kelahiranya atau kematianya.
Hati seorang ibu. Naluri seorang ibu. kadang-kadang boleh merasakan apa akan berlaku.

Hari Ke-5 kelahiran/ hari kematian/ Hari terakhir saya dan Adam Haziq.

Seperti semalam, pagi-pagi lagi saya akan ke bilik Adam Haziq ditempatkan. dalam 7 pagi masa tu. Lama...
saya berkeadaan sama dan Haziq juga sama. saya membacakan ayat-ayat suci dan zikir. kemudian papa Haziq mintak saya keluar untuk sarapan.

Selang masa dalam 20 minit. Nurse call dan meminta saya turun ke bilik. 
Adam Haziq pergi meninggalkan saya pada jam 9.30 pagi diketika saya memerah susu dan menyimpan untuknyer. 
saya menangis dan menangis dan menangis. nurse tanya, ma nak riba...YA, saya nak riba dia. saya peluk Haziq sekuat hati saya. saya cium dahi pipi dan seluruh wajahnya. lamaa..lama kami berpelukan. bezanya, diriba saya kini adalah dia yang tidak bernafas. Dan ketika nurse memberikan Haziq kpd saya, kepalanya terkulai.

selepas seketika, saya mengembalikan Adam Haziq kepada nurse utk proses terakhir Adam Haziq. Diluar, saya menangis dan menangis. saya menjadi terlalu lemah untuk menerima kenyataan. Saya melangkah kembali ke bilik untuk melihat Adam Haziq dan Adam Haziq telah dibalut dan diselimutkan dengan kain putih. Saya pegang ikatan di kaki dan di kepala Adam Haziq, ya, dia telah pergi. Saya menjadi kuat. Semangat saya kembali pulih. Ini takdir saya dan Haziq. Ini cerita saya dan Adam Haziq. Inilah kenangan terindah saya untuk kelahiran ketiga saya.

Di dalam perjalanan, ibu memangku Adam Haziq. Kereta kami membawa jenazah. Kami membawa Adam Haziq yang tidak bernyawa. Jika anda terasa marah pada sesetengah kenderaan yang lambat atau terlalu laju, mungkin dia seperti saya. Laju dan kalut kerana mencari hospital untuk Adam Haziq dan terlalu perlahan kerana membawa Adam Haziq yang tidak bernyawa. kami hilang fokus seketika.

Dirumah, Adam Haziq disembahyangkan dan dibawa ke perkuburan untuk dikebumikan. 

5 hari saya bersama Adam Haziq adalah kenangan terindah untuk saya. dan saya tahu maknakata Redha yang sebenarnya. Haziq datang pada saya dan ditempatkan di rahim saya untuk tempoh masa 9 bulan dan 5 hari bersama saya didunia nyata dan dia pergi lebih lebih awal dari saya. Alfatihah sayang, tunggu mama di pintu syurga. ADAM HAZIQ, mama sgt2 merindui mu. 

Makin lama kematian itu berlaku makin kuat perasaan merindui. saya berharap Ibu-ibu yang berpantang dan diuji dengan ujian yang terasa begitu berat jgn terlalu mengikut kata hati. Saya tahu, perasaan sedih dan tertekan. Berlaku pada saya, semasa menunggu Adam Haziq, saya merehatkan badan di bilik sementara. di bilik tersebut terdapat baby-baby yang perlukan rawatan tetapi tidak memerlukan incubator. tetapi diasingkan dan tidak boleh menerima pelawat. Saya terasa ingin membaling baby-baby yang menangis kerana perasaan tertekan. berzikir senjata utama saya pd masa itu. Ingat Allah, beradalh didunia yang nyata.

wallahuwa'lam.

~Catatan mama Adam Haziq - 13 April 2016~




  




---------------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk


#Kedai Perfume