Kerja...Ikhslas @ Terpaksa

Kerja..Menjawat jawatan mengikut bidang yang diinginkan dalah impian setiap kita. Apakah ada lagi manusia hari ini yang tidak punya impian?
Siapakah antara kita yang hidupnya hanya disusuli mimpi sahaja. Susah sebenarnya mengharapkan sesuatu mengikut apa yang kita rancangkan. Kerana, hidup umpama roda. diri akan ditikam, dihukum dan dipandang serong yang menenggelamkan kesemua kebajikan-kebajikan yang telah dilakukan. Apakah kita sentiasa kerdil dan hanya perlu mematung untuk menjadikan diri dipandang tinggi di kesemua mata-mata yang memerhati.
Sabar adalah tuntutan agama. Tetapi kadang-kadang kita akur yang sabar itu hanya datang di kala kita dalam kewarasan. Apakah ini penangan syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk bermasam muka, untuk bertelagah dan sebagainya.
Dalam ruang sekecil pejabat yang dihuni oleh orang yang sama, seringkali kita bertelegah. Masing-masing punya rasa, punya idea, punya pandangan. Di kala itu, kita penat dan kadang-kadang berlaku sesuatu yang bercanggah dari pegangan diri kita. Sukar untuk mentafsirkan sebuah sabar pada waktu itu. Yang ada hanyalah sebuah dendam di hati yang dihemburkan melalui kata-kata.

Jika dalam rumah tangga, kita boleh zahirkan ketidak puasan hati, tetapi antara rakan sejawat kesemua perkara kita perlu lalui dengan sebuah ketenangan. Sering di hati terdetik :KENAPA AKU YANG PERLU BERDIAM, BERSABAR dan SEGALA". Apakah aku yang selalu mewujudkan kekeruhan.
Tetapi itulah sebuah realiti. realiti yang menjadikan diri kita turun dan naik. Yang menjadikan kita di atas atau di bawah. Yang menjadikan kita disayangi dan dibenci. Apakah inilah masanya kita namakan bekerja dalam keterpaksaan?