MATAHARI



Harapan..

Syawal kini dipetengahan. Jika dulu aidilfitri ku cuma sebagai isteri, sebagai tunang, sebagai anak TETAPI kini aidilfitriku begitu bermakna kerana menyambutnya bersama Matahariku. Jika dulu persiapan hanyalah ala kadar, tetapi kini semangat hari raya begitu menebal sekali. Baju anak didahulukan. kelengkapanya di penuhi dulu. Dia selaku ayah begitu bersungguh membeli kelengkapan Qisha. Terima Kasih Ya Allah menghadirkan kami matahari dalam kehidupan ini.
Qisha...

saya sekarang seorang MAMA...:)


Rasanya begitu lama ruangan tidak terisi dengan sebarang coretan. Rindu memang rindu, berakhir sudah segala teka teki dan gusaran di hati bil si comel NUR QISHA AISYAH hadir pada 26.5.2011 dan dicatatkan waktu bersalinnya pada 9.37 pagi (hari khamis).


Jika ditanya mengenai bagaimana sakitnya kelahiran, disitu ingin diluahkan dengan seribu keinsafan, terima kasih mak kerana telah melahirkan saya dan membesarkan saya tanpa sebarang cacat dan cela da menyempurnakan pendidikan agama dan duniawi untuk kelengkapan saya sekarang.

Qisha lahir di Hospital Machang, Kelantan. dan alhamdulilah, kesihatanya baik, terus keluar wad pada keesokan harinya. Kali pertama memangku Qisha untuk disusukan terasa begitu kekok sekali sehinggakan misi datang mengajar cara2. haha.

Lantaran itu, bermulalah tempoh berpantang. bermula dengan menyusu, kemudian memandikan, memakai baju sehinggalah memangku untuk meredakan dari menangis. Indahnya anugerah allah berikan hanya syukur dititipkan kerana mengaugerahkan sesuatu perkara paling indah dalam meniti kehidupan yang belum pasti penghujungnya. Alhamdulilah.

Qisha semakin besar. Hari ini usianya 82 hari. Banyak ragam dan macam-macam perkara yang dah dilakukan. Tidurnya nak berteman, menanignya nak dipujuk. Cuma satu yang dia tak berubah, SUKA MANDI..mesti mandi walau dalam apa keadaan walau kita dalam perjalanan jauh.haha..

Qisha memberikan seribu makna kini. Anak ini terlalu istimewa sehinggakan meninggalkanya sesaat bagaikan terasa begitu lama sekali sehinggakan tiada kerja dapat dilakukan.

doa mama, agar Qisha terus dewasa sebagai anak yang solehah yang sentiasa
akur dimana duduknya kita walau diketika itu kita menjadi orang yang paling hebat sehinggakan nama dijulang-julang dan Qisha sentiasa belajar dan terus belajar agar kita tidak kalah dengan cabaran dunia disamping keseimbangan untuk ke syurga. amin.