Redha


Saya selalu menutur perkataan R.E.D.HA. 

Teteapi

saya tidak tahu apa maknakata sebenar redha. Tetapi hari ini saya amat berharap hati, jiwa dan perasaan saya telah redha dengan pemergian Adam Haziq.

Hari ini, nurse Klinik Kesihatan Kuala Krai datang ke bilik saya, ke ofis saya untuk mendapatkan buku mengandung ibu AKA buku merah. Kenapa? untuk persiapan kertas siasatan bagi kes kematian Adam Haziq.

Saya tidak menangis hari ini. Dalam hati saya berkata, nurse sedang melaksanakan arahan yang ditugaskan ke atasnya. tetapi, pemergian Adam Haziq telah ditetapkan. Saya tidak akan membuat apa-apa tindakan ke atas hospital atau menyaman mana-mana pihak kerana saya yakin Adam Haziq hanya dipinjamkan untuk sementara sahaja.

Saya seorang ibu yang telah melahirkan Adam Haziq. Adam Haziq dilahirkan normal dengan berat 3.45kg dan bagi saya Adam Haziq sangat comel. 
Apabila dia telah pergi, saya tidak lagi boleh melihat dia, memegang dia, memeluk dia dan segalanya sebagaimana saya lakukan kepada Qisha dan Haris.

Tetapi ini adalah ketetapan. Jika saya terus menurut kata hati, emosi dan jiwa saya akan diganggu. Saya akan menjadi orang yang tidak normal. Dan saya perlu bangun bagaikan masa untuk saya hidup ada lagi 100 tahun. Dan saya perlu mengingatkan kematian yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Ibu-ibu yang juga merasai kehilangan/kematian anak seperti saya, saya memahami perasaan itu. marilah kita dekatkan diri dengan DIA yang maha ESA. Lebih dekat dan lebih dekat. Beribadatlah sesungguhnya disitu terdapat ketenangan. 

Saya mesti tahu bahawa saya ada suami dan saya ada anak iaitu Qisha dan Haris. Dan saya juga punya ibu dan ayah dan juga adik-beradik. Jiwa saya mesti hidup dengan penuh keyakinan. Redha akan segala yang telah ditetapkan. Insyallah.


No comments:

Post a Comment