uMPaMa LiLiN...


Siapa anda untuknya?

Seteguh lilin yang membakar.

Sedikit kepanasan bila menghampiri, Memberi sedikit ruang mencahayakan bila diperlukan.

Wanita umpama LILIN itu. Menerangi ruang yang sempit. Membantu di kala kesempitan. Lilin hanyalah untuk menerangi ruang seketika. Tidak diperlukan pada setiap masa tetapi hanya membantu di kala kesempitan.

Api yang mambakar memberikan cahaya yg indah. indah bergerak, menari mengikut rentak udara. wanita seperti api yang membakar. Sukar untuk ditafsir warnanya. apatah lagi apa yang diimpikan. Api yang membakar hanyalah kecil tetapi kadang-kadang akan marak membakar seluruh kawasan. Awas di ketika itu !!

Bagaikan ciptaan Hawa untuk Adam. Diciptakan untuk melengkapi. Tiap kekusutan dihuraikan dengan penuh kehalusan.

Sebagai wanita, bukan kemewahan bukan kekayaan yang diperlukan, hanyalah sedikit kasih dan kebahagian yang didambakan.

Bantulah kami ke arah jalan yang lurus,
Bawalah kami melihat keindahan syurga,
Ajaklah kami menikmati bahagia,
Berikan kami segunung keikhlasan,
dan
Jauhkan kami dari Dosa dan Neraka,
abadikanlah tiap saat tiap ketika dalam kenangan terindah.

..........*****...........

sesuci kasih ibu..

ma..Ibu..mama..mummy....mak..che...mek.....


Pada hakikatnya adalah sama, yang membezakan cuma baris huruf yang tertera, baris kata yang menuturkan. fungsi ibu tetap sama, hanya membesarkan kita dengan jayanya. Di kala kesempitan, di kala kepanasan, di kala kejauhan, ibu tetap sama berdiri di sana melihat anak-anaknya untuk menjadi insan berguna.

Siapa kita untuknya? Berapa jumlah masa kita ketengahkan untuk seorang ibu? Berapa jumlah wang gaji kita peruntukan untuk kegembiraan ibu? Berapa jumlah panggilan untuk hanya satu soalan " mak, apa khabar".

Di sebalik kesibukan kita dalam meneruskan kehidupan, sukar untuk dipahatkan kepentingan ibu dalam diri kita. Kadang-kadang panggilan kita terima hanya dijawab dengan ayat ringkas " i'll call u later" atau "mak, saya sibuk sekarang, petang nanti saya call balik" atau ayat-ayat lain yang cukup mengguriskan.

Sedarkah kita, bila kesusahan, wajah tua yang penuh pengasih itu akan hadir menyenangkan tiap kesulitan kita. Apa jua kesusahan, si tua itulah yg dtg menghulurkan 10 jari pertolongan dalam ketenangan dan pasti dengan penuh KEIKHLASAN.

ucaplah SELAMAT HARI IBU sementara ibu anda masih disisi.. Bagilah penghargaan walau siapa ibu anda. Siapa mereka, sikit atau banyak kasih mereka pada anda dan apapun perbuatan mereka, IBU tetap IBU selamanya..Ibu yang menjadikan anda secemerlang hari ini..
Nama mereka yang anda gunakan tiap kali anda mengisi permohonan kerja, tiap kali biodata anda diminta dan segalanya..

sayang ibu anda..sayang ibu anda..sayang ibu anda..mereka masih di sisi anda. Hargai mereka.cium mereka ucapkan betapa hebatnya anda menjadi anak mereka..

wallahuwa'lam...

Amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu Dia yang menentu

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri