masalah menyusu

Tajuk jer ai jenamakan "Masalah" sebenarnya xdek masalah punnn... 

ok.

ai, anak sulung baru setahun 3 bulan kot dah mengandungkan Adam Haris. Qisha memang menyusu sepenuhnya, dan xminum susu tepung.

Macam-macam dh ai buat nak bagi Qisha minum susu tepung. Semua susu ai try, hmmm - tetap xnak. semua jenis botol ai try, pun xnak..semua jenis puting ai try, pun xnk. So, kesiankan nak stop dari dia menyusu.

mama ai org lama2. 
Kata dia, mana boleh menyusukan kakak nanti adik xcukup khasiat. Gulp !
Macamana ni. dahlah xplan pun nak anak no.2 dlm masa cepat sangat tp my laling memang naklah kan. dan xkan nak biarkan Qisha lapar. Ohoooo..

So, i nekad, i teruskan menyusukan Qisha walaupun masa tu tgh pregnant.

Ok, tipulah kalu ai xmenggugelkan. 
gugel dan gugel dan gugel....................................Jawapan xjumpa.

i tetap menyusukan Qisha. Alhamdulilah, xdek peapa. Insyallah. Yakinlah syg2. Yakin kpd Allah. Ai kerja tau - kerja ofis. kdg2 adalah kena outstation. So bab bengkak susu + bengkak kaki pregnant + pening muntah + xdek daya nak susukan Qisha tu memang sgt2 terkesan dalam diri ai.

Nekad !
Susukan ajer sampai ai bersalinkan Haris. 

Bila bersalin...Kali pertama Qisha xmenyusu lebih dari 24jam sebab ai kena berada dalam wad selepas bersalin (untuk pemantauan), sehari jer. Kesian kan.

Masa nilah, dlm fikiran ai akan kata-kata nenek2 kat kg ai. 

"kakak dh minum bhg adik punyer"

ada logik ke ayat tu??? hmm, ai xtau. kann misi selalu ckp, susu yang kaler kekuningan tulah yang paling bgs utk baby baru lahir. Tapi bila dah kakak dok menyusu, hbs kaler semua dia sedut kan. haha. So, apa kaler lagi untuk adik?

xper, YAKIN. gunakan konsep demand n supply. mcm kita belajar ilmu ekon0mi tingkatan 4 dulu2. Akan ada bahagian masing. insyallah

So, pengalaman ai, 2 tahun jugaklah menyusukan adik dan kakak. xdek pun masalah xcukup susu. ai berhenti menyusukan Qisha masa Qisha umur 4tahun lebih dan Haris Masa Umur 2 tahun.

So matematik ai kira :- air start menyusu dari 26.05.2011 (Hari Qisha lahir) - 21.1.2015 (umur haris 2 tahun cukup) = jumlah keseluruhan menyusu tanpa henti : 4 tahun lebih. 

Dan ai ni xberapa minat dengan apa-apa pemakanan tambahan. ai xminum pun susu. Tapi apabila minda kita dah set untuk susukan anak, susukan anak, anak kena minum dan kenyang dengan susu kita dan mama nak anak mama minum susu mama, alhamdulilah, allah permudahkan.

(ai ada pengalaman tau, menyusu serentak 2 orang..haha) ingat satu jer, ai kata pd diri ai, andai kata ai ada anak kembar pun akan berlaku perkongsian kan. 

okey uoll, be positif. apa sahaja kita buat mesti yakin. mesti teruskan. xdek benda yang kita buat semua mengikut perancangan dan akhirnya berjaya macam dalam drama atau novel. Tapi, kita mesti pastikan untuk kita berjaya walaupun kita berjalan di atas kaca dan duri. akhirnya, matlamat dalam genggaman.

u, seronok tau bila anak di atas lengan kita. wahhhh, pengalaman berharga yang xkan dapat pada semua orang dan masa kita. alhamdulilah.

jangan risau-risau. tidak ada masalah. ai bukan doktor bukan bomoh tapi ai hanya menulis berdasarkan pengalaman.

----------------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk

#Kedai Perfume





masa ni Qisha umur 3 tahun n Haris setahun..

jarak diorang tu mcm setahun sorang jer..tp haris lahir bulan 1/2013 n Qisha bulan 5/2011. ikut tahun macm 2 tahun..ikut bulan, xcukup pun. haha...

NurQisha Aisyah - 5 tahun


Alhamdulilah

Syukur kepada allah taala kerana NurQisha Aishah kini berusia 5 tahun.

dia lah anak saya, dialah kawan saya, dialah peneman duka saya, dialah segalanya.


my baby Qisha : 26/5/2011

Perjalanan saya berpantangkan Qisha juga agak mencabar. Saya hanya dijaga oleh ma selama 6 hari sahaja. dan selebihnya, ma terpaksa di HUSM kerana arwah adik (abe) akan menjalani pembedahan pertama masa tu.

yang paling terkesan bila bab mandikan anak keseorangan. hmm, gelabah tau ai. masa tu Qisha hampir2 terlepas dari pegangan tangan - xreti dan xbiasa.

than, bab makan. hmm, bila menyiang ikan sendiri, tunggu van ikan datang kat depan rumah...huhu, sedih ai. xper2. Pengalaman tu xkan datang kat semua org.

Kemudian hari ke 15 lebih kurang, ai balik ke kuantan - rumah mak my laling. hehe...... 


Qisha : setahun 

(masa ni ai rs2 ai dah mengandungkan Adam Haris)


Qisha 4 tahun


Qisha 5 tahun

----------------------------------------

untuk kakak, mama sayang kakak sangat2. Mama nak kakak faham pengertian azan dan masukkan dalam diri tiap2 maksud azan. 

dan,

andainya mama pergi dulu, kakaklah yang uruskan mama dan kepada adik mama berharap supaya adiklah yang akan mengebumikan mama.

dan,

mama doakan kakak sentiasa dilindungi oleh Allah swt setiap masa disetiap perkara dan apa sahaja yang kakak lakukan. Berjayalah sayang sebagai hamba Allah yang taat akan setiap perintahnya, jadilah anak yang solehah sayang dan berjayalah sebagai sesesorang didunia yang sementara ini. Berilmu/ beriman/ beramal. 

Luv u sayang. sgt2. xterkira.





D.I.Y almari dapur - kitchen cabinet jimat


Baru seketul jer almari terlekat kat atas tu.

dah terdilet pulak dah pemasangan..

almari tu = almari kasut atau sebaguna boleh. saya beli kat salamku, tanah merah - RM86.00 (rs-rslah, terlupa pulak, dok banyak fikirkan Adam Haziq, huhu)

kredit tu my laling - abe as yang berusaha keras memasang. tp baru seketul lah. belinya 4 ketul. kiri 2 ketul dan kanan 2 ketul.

hari tu, adalah try mintak quotation nak buat kitchen cabinet ni, makkk aihhh, RM4k atas sajer..huhu..idoklah kan. dapur tu cononet jerk. tu lah harga paling murah yang saya dapat. wohooo...

yang pemegang tu dh DIY kan jd duduk kat bawah. ok lah kan, senang saya bukak tutup.

-------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk


#Kedai Perfume

anak saya meninggal dan berpantang tanpa anak

(Lama saya tidak bercerita mengenai Adam Haziq, sebab saya ingin menulis dalam keadaan waras dan tenang dan tidak beremosi)


Semalam - 29/5/2016 (Ahad)

saya dipanggil untuk mendengar dari sudut sains akan punca kematian anak saya.


108 hari Adam Haziq kembali kepada penciptanya dan saya juga akan kesana bila sampai masanya (masa yang hanya Dia maha mengetahui).

Kenapa anak saya ?

Jika baby lain minum susu, susu akan dicernakan akan dialirkan sebagai zat dan akan menjadi penyumbang tumbesaran kpd baby tersebut.

Manakala anak saya mengalami kerosakan kepada struktur kromosom dan akhirnya proses kitaran dalam tubuhnya adalah tidak lengkap. akhirnya, kitaran cuma berlaku separuh sahaja menghasilkan amonia @ toksid di dalam tubuhnya. Hasilnya adalah pada kadar luar biasa dan terlalu tinggi. 

kita,  untuk menjadi seorang perempuan memerlukan kromosom X dan X manakala lelaki memerlukan X dan Y. disebabkan faktor genetik, saya mengalirkan kromosom X yang rosak (genatik faktor). proses pembentukan xx atau xy hanya Dia yang berkuasa tetapi sains menyatakan X saya mengalami masalah dan menyebabkan kesan (inborn Error) kepada anak saya. 

hmm...agak sains. Agak complicated. 

Jika anak saya xx, maka dia kuat kerana adanya aliran kromosom  x dari suami. Tetapi bila gabungan x dan y, hanya y yang baik manakala x mengalami kerosakan. 

cuba anda bayangkan jika kita membawa kenderaan yang enjinya bermasalah. akhirnya masalah kepada pelbagai perkara kan. begitulah kromosom. Asasnya adalah kerosakan kromosom dan akhirnya masalah untuk hidup.

Saya tanya, ada tak yang boleh hidup dan macmana penghidupanya.

1. kata doktor, ada ! tetapi tidak sempurna.

ada !. tetapi bergantung kepada PD dan kawalan pemakanan sepenuhnya. (PD tu katanya mcm dialisis untuk pesakit buah pinggang. Bayangkan anak berusia 2 hari dh perlu ditebuk perutnya untuk keluarkan toksid didalam tubuhnya, subhanallah).

saya kata, kesianya...

kata doktor, lagi kesian kalau membiarkan toksid di dalam tubuhnya.


sehelai ni jer kain yang saya sempatkan pakaikan kepadanya. Masih belum berbasuh (air mata saya jatuh, saya cuba untuk tidak menangis hari ini, tetapi tidak berjaya)

Maksudnya, anak saya inborn error dan spesific to OTC. 

kata doktor mungkin kes saya 1 / 10 000 baby. mungkin. 


saya.

Saya perlu senyum. Saya perlu kuat semangat. Saya perlu yakin. Kerana mati itu pasti tetapi penghidupan wajib saya teruskan.

Berpantang tanpa anak adalah memori saya untuk anak ke tiga. Tetapi untuk kelahiran akan datang saya tidak lagi boleh melahirkan di hospital2 biasa melainkan HUSM ataupun HKL. 

Kenapa? Sebab  jika saya mengandungkan anak lelaki dikhuatiri akan menjadi perkara yang sama. kerana OTC ini hanya kepada anak lelaki SAHAJA. Tetapi, saya yakin kepada keteapan yang maha kuasa. saya yakin kepada solat hajat dan DOA. Saya yakin allah maha menentukan segalanya. Saya yakin saya ada Allah.

Saya berharap saya akan terus tersenyum bahagia. Saya berharap saya akan terus waras dalam segala perkara. Saya berharap saya akan rasional.

Saya tahu diri saya kini terlalu lemah. Saya tahu saya tidak kuat untuk berdepan dengan kenyataan. untuk menerima kenyataan bagi perkara yang telah berlaku dan akan berlaku.

--------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk


#Kedai Perfume




Kes kematian anak saya masih dalam siasatan

"Misi : Puan, saya dari Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai. Blh saya tahu kenapa anak puan masuk ICU "

Soalan ini memang menjadikan saya naik angin naik minyak, naik segala-galanya. 
Soalan  yang tak masuk akal bagi saya.

Saya ni bukan profesion kedoktoran, kemisian, atau kemasukan ke ICU. Kenapa perlu tanya saya? 

Tahu tak, perasaan saya????

Hari Kedua Kelahiran : 1.00 pagi hingga 6.00 pagi : anak saya menangis tak berenti2. Sambung balik pukul 9.00pg sebab misi kejut nak cucuk 'bcg' sampai lah saya keluar dari wad.

Sampi pukul 3.00 ptg x berhenti menangis. Masa ni kami di rumah. Pukul 3 tu baru berhenti menangis dan berhenti sehingga ke akhir nafasnya. dan itulah kali terakhir saya mendengar suaranya.

soalan saya ? 
Kenapa Hospital Machang bagi score ank saya 9/10.
Kenapa Hospital Machang discajkan saya dalam keadaan baby xberhenti menangis.

Masa malam anak saya menangis xhenti2, kenapa dok cakap anak saya ni kebung, anak saya ni kena baca ayat-ayat quran takut kena sampuk.

Dan soalan saya, kenapa Hospital Machang tak letakkan saya dalam red zone dan menyegerakan check keadaan anak saya. Kenapa saya harus menunggu lebih 3 jam. Kenapa???

~Catatan saya yang terlalu marah hari ini seolah-olah sayalah yang gila-gila masukkan anak saya ke ICU. Sedangkan sampai sekarang saya xtahu punca berlakunya anak saya meninggalkan saya. Cuma yang tertera di surat mati ialah IEM.


---------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk


#Kedai Perfume