I.N.S.U.R.AN pada pandangan saya....

mintak maaf ---- memang hot topic...

coretan kali ni bukan nak mempertikaikan mana-mana pihak. Tapi lebih kepada saya yang masih belum mendapat jawapan di atas pilihan yang saya buat.

Tajuk 1 : Perluker insuran ?????

 Jawapan saya, YA, INSURAN MMG DIPERLUKAN
 kenapa ya ?? Kerana, saya baru kematian adik saya yang berumur 18 tahun, seorang lelaki yang sihat tubuh dan badannya hanya kerana kanser. hanya 2 tahun sahaja pentyakitnya dikesan kemudian bagaikan kanser tersebut telah menyerangnya secara ganas. akhirnya, dari seorang yang normal dan sihat, dia lumpuh segalanya termasuk tiada peti suara untuk bercakap.

Mestilah pd masa tersebut, saya yang merupakan ahli keluarganya menyatakan "MENYESAL KERANA TIDAK MENCARUM INSURAN UNTUKNYER" .

Tajuk 2 : Jadi, apakah pilihan saya ??

Saya, sehingga ke hari ini masih diselubungi pelbagai persoalan. kerana saya bukanlah orang yang punyai pendapatan begitu lumayan untuk mampu mengagih-ngagihkan duit untuk pelbagai perkara.

Apa yang penting : saya perlu fokuskan duit gaji untuk : (1) mak dan abah, (2) Hutang-hutang bank, (3) Belanja anak, (4)  Belanja yang tidak direkodkan (termasuk segala keperluan yer, dapur lah, minyak kereta lah, lipstiklah, bajulah, sopim2 untuk rileks mindalah dan macam2 lah)

Jadi, nampak tak, saving yang paling penting tidak saya nyatakan...(Tolong jgn tiru gaya hidup saya - ianya memang salah) tapi itu adalah hakikat sebuah kehidupan. 

Kehadiaran 2 anak kecil yang comel menyebabkan saya ingin untuk memberikan mereka yang terbaik. Anak-anak kecil ni mudah demam kan. Bila anak demam pada suhu yang agak tinggi, saya berasa begitu bersalah pada diri sendiri, kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta macam kawan-kawan yang lain. (walhal, hospital kerajaan pun punya kepakaran yang lebih hebat dari swasta kan, tu cuma pandangan biasa saya dan masyarakat kita hari ini....berpandangan yang berbayar itu hebat) Tapi, untuk anak, kita sanggup berbuat apa sahaja bagi memberikan anak yang terbaik.

Saya telah mengambil insuran lebih kurang 90 hari yang lalu..insuran apa biarlah tidak saya jawab. Semasa saya membuat pihan untuk mencarum insuran, saya telah membuat kajian berbulan-bulan untuk mengambil insuran yang terbaik dan tidak menyusahkan saya. akhirnya pilihan saya adalah "medical card". 
Kenapa?? saya berasa jika 2 anak comel saya demam, saya boleh berada di ward di hospital swasta yang hebat macam kawan-kawan yang lain.

**disitu, saya telah membuat kesilapan dalam hidup saya. saya seolah-olah berdoa untuk anak kecil saya sakit dan perlu dimasukkan ke ward.....mintak maaf sayang, bukan begitu, mama inginkan yang terbaik untuk sayang mama, mendapatkan rawatan daripada hospital yang terbaik..mama sedih bila misi-misi ambik darah anak mama untuk diagnosis apakah punca demam.

Tapi, bila 1st trial saya untuk mendapatkan rawatan, saya tak dapat pun apa yang saya nak..sebab, ward penuh..jadi akhirnya saya ke klinik swasta biasa sahaja sebagaimana dulu.Jadi, saya masih belum ada pengalaman yang berkait dengan insuran. 

dan tulisan bukanlah forum saya untuk bercerita kelebihan atau kekurangan insuran.

Tajuk 3 : Kata hati saya

Insuran bukan Saving... Ejen akan menyetakan berkali-kali pada kita yang insuran bukan simpanan jadi janganlah mengharapkan apa yang kita bayar akan kita dapat balik dalam jumlah yang sama. 

Ya saya tahu, tapi dengan kekangan duit yang taklah banyak mana ni, saya berasa yang insuran saya pilih tempoh hari bukanlah pilihan yang paling baik. 

Kenapa saya berkata begitu : untuk saya menggunakan medical card, saya perlu menunggu tempoh matang selama 90 hari...dan selepas tempoh matang tu, saya perlu "memasukkan anak saya ke ward" barulah kos rawatan boleh ditanggung. Emm, saya masih berfikir untuk meneruskan atau masih berfikir. 

tapi saya perlu ingat, PA Insuran memang murah, tapi benefit pun murah kan..dan, jika saya carum pada jumlah yang mahal, tentunya hati saya kadang-kadang macam "berdoa" pulak untuk menghuni di ward untuk claim..nauzubillah....

pada saya, insuran itu penting tp kajia dulu kemampuan untuk membayar..sebab insuran ini hanya perlindungan ...apa maksud perlindungan?? kalau terjadi peapa kita dipayungi oleh pakej yang kita telah pilih dan bayar...Tapi apa berlaku jika kerana insuran, kita perlu berhutang sana sini untuk yang lain. Bagi mereka berpendapatan tinggi, persoalan ini nampak "biasa" tapi bagi kita yang sederhana, saya berasa, saya perlu memikirkanya. Di samping buangkan niat di hati untuk kemewahan kerana mampu menghuni di hospital-hospital swasta yang mahal.

Jadi, saya masih lagi membayar tetapi mencari-cari inruran yang menyenangkan saya untuk menggunakan dimana-mana sahaja tanpa saya perlu memasukkan anak saya ke wad hanya untuk rawatan yang ditanggung oleh insuran pada kadar saya bayar RM200/sebulan untuk seorang anak.

**********************