BERHATILAH WAHAI SI HAWA..

AWAS!!!!! BG KAUM HAWA!!! KALU NAK SELAMAT... JGN LYN....SNG CTER!!!

  • Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
  • Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
  • Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
  • awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
  • Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
  • Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
  • Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
  • Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
  • Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
  • Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
  • Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
  • Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
  • Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
  • Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u
  • syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
  • Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
  • Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
  • Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
  • Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************

  • huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
  • huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
  • Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
  • xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
  • sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
  • Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
  • jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

AWAS!!!!!!!!!!!! UNTUK KAUM HAWA!!!!!!!!!!!!!!!!!

M.U.L.U.T B.U.S.U.K *** M.U.L.U.T J.A.H.A.T

CIRI MANUSIA YANG EGO DENGAN DIRI SENDIRI :-

BERLAGAK PRIHATIN

Manusia ini sentiasa telefon, bertanya kabar dan mencari semua orang di sekililingnya untuk mencari gosip dan perkara terkini untuk diumpat. Tetapi lagaknya lebih kepada bertanya kabar. Bila satu-satu beriter disampaikan, dia akan menjadi manusia yang sangat syahdu dan berperimanusia. Selepas seketika, terus beriter tersebut di bawa ke merata2.

Pandangan mata

Cukup memilukan bila kita dipandang sebelah mata kan. Sudut pandangan terhadap kita begitu kecil sekali di matanya dari semua aspek. Sungguh tragis. Manusia ini akan merasakan dirinyer begitu sempurna.

Sedarkah dia, dia pernah merasa kesusahan berganda suatu ketika dahulu sehingga Yang Maha Esa itu menganugerahkan rezeki melimpah ruah hari ini? Walaupun di bibirnya sentiasa meniti syukur kepada Yang Maha esa tetapi terjemahan perkataanya yang dibicarakan dengan sesiapa penuh dengan palitan perlian, apakah ini bukan suatu dosa?

CUKUP ALIM dan BERHEMAH

Dirinya umpama manusia sempurna dari sudut siapa yang melihatnya. Tetapi apakah dirinya sedar bahawa bilamana setiap perbuatan di kanannya itu diketahui oleh bahagian kirinya, apakah itu suatu perkara mulia?

Kita sebenarnya umpama roda yang bergerak dan berputar. Jangan disangka ribut yang datang dan datang membawa badai sedangkan pelangi petang sedang menerbitkan diri...

Pergilah membawa kepada suatu yang mendatangkan taubat kerana manusia ini terlalu tinggi egonya dan terlalu bangga dengan diri sendiri.

LENGKAPKANLAH KEIHLASAN DALAM DIRI

Dirinya umpama berada di syurga, segalnya datang dengan usahanya sendiri.. Dengan bangga, ayat yang meniti di bibirnya hanyalah kekesalan di atas kesilapan orang lain yang dilakukakan.

Dalam tidak sedar, dia alpa dengan tapak yang sedang dia berdiri kini sebenarnya hasil dari jerit-perih dan derita manusia yang menyayanginya suatu ketika dulu.

Kemanakah rasa hormat yang suatu ketika dulu menebal dalam dirinya? atau rasa hormat itu hilang bersama kekayaan dan kemewahan yang sedang dia nikmati sekarang?

wallahuawa'lam...

  • Walaupun siapa kamu, tiada siapa yang akan mendendami kamu kerana kami sentiasa sedar akan kelemahan diri kami. Jangan dikata badai yang hadir kerana balasan di atas kesilapan lampau kerana sekurang-kurangnya Yang Maha Esa sedang mengingatkan kami akan kekuasaanya berbanding dengan dirimu yang kelam dalam perasaan bongkak dan takbur akan diri sendiri.

  • Mohan jutaan maaf jika penulisan ini bisa mengguriskan hati mu, tetapi inilah suatu kenyataan kerana perjalanan kehidupan kalian masih panjang dan cuba kalian nilaikan apakah tiap perkara yang kalian doakan telah dimakbulkan? dan apakah kalian telah mendapat surat janji ke syurga?


Sekitar perjalanan rawatan Abe di HUSM

14.4.2011




  • Hari ni abe akan menjalani Ctscan. Untuk apa susah nak diterjemahkan.
  • Tangan abe makin tak ada daya walaupun dirinya seperti kuat melawan penyakitnya itu namun yang pasti dirinya semakin tenat. Dalam kesakitan, kami yang disisinya sentiasa melihat dia tersenyum seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku. Dalam seharian guarauan sentiasa diberikan. Pada kami, panjangkanlah umurnya, sihatkan dirinya seperti yang kami lihat hari ini. Tiada apa harapan kami lagi melainkan ingin terus bersamanya dalam suka dan duka kehidupan kami.

Sekitar perjalanan rawatan Abe di HUSM

10.4.2011

Abe kini ditempatkan di wad 1 Selatan HUSM. Fokus wad ialah penyakit Neuro. Rawatan masih belum bermula. Doktor hanya memantau abe sebelum pembedahan dijalankan. Semalam abah dh sign surat kebenaran untuk proses CityScan yang akan dijalankan nanti.

Abe masih tenang. wajahnya ceria. dan dirinya masih cool n steady. Harapan kami sekeluarga semoga dia terus tenang dan kuat semangatnya untuk terus melawan penyakitnya.

Ma masih di hospital. terus disana menunggu abe. Abah berulang dari KB ke rumah (Machang).

Di rumah, agak sepi. hanya keletihan yang wujud di wajah masing-masing apabila malam bersilih ganti dengan siang. Masa lebih banyak di hospital dan masing-masing masih menunggu keputusan doktor untuk pembedahan.

Yang pasti doa kami supaya abe kembali pulih seperti hari ini atau dengan lebih baik. tiada apa di wajah kami kini melainkan doa yang terus dipanjat supaya yang maha esa memberkati pembedahan abe. Semoga segala urusanya dipermudahkan. Amin.

Sedikit bicara pagi..

ketika sinar mentari menyinari, apakah perasaan kita dilaka itu pabila dikhabarkan dengan suatu berita yang sukar untuk diterima dek akal normal?

itulah yang terjadi pada kami, bila adik kesayangan kami disahkan mengidap ketumbuhan pada saraf. Apa yang berlaku terlalu singkat, terlalu pendek.Dalam tempoh seminggu, segala yang bahagia menjadi derita. Di kala itu, tiada apa yang mampu kami lakukan melainkan menangis dan menangis.

Bila ayah yang menjadi kekuatan kami tiba-tiba rebah dan tersedu menangis isak, di ketika itu kami semua bagaikan lumpuh. Bagaikan nafas ini terhenti. Tiada kata, tiada rasa yang kami boleh katakan pada ketika itu. Mama hanya membaca yasin pada setiap malam sebelum tarikh pembedahan yang akan dijalankan pada 10.4.2011 nanti.

Rawatan adik bakal dijalankan oleh pakar neuro HUSM Kota Bharu, Insyallah. segala rawatan sebelum ini telah dikendalikan oleh Hospital Besar. Namun sejauh mana stage tumor masih belum diketahui.

Pada diluar sana, doakan keluarga kami dikurniakan kekuatan berganda untuk menyokong dirinya agar berjaya dalam pembedahan ini. Tangisan air mata kami kini menjadi peneman di setiap hari. Semoga air mata ini akan berhenti kelak dengan berita yang menggembirakan.

Kadang-kadang terfikir suatu perkara, abe disahkan mengidap tumor pada Mac 2011. dan arwah Syamil pergi juga pada Mac 2010. Begitupun besar dugaan ini datang mengahmpiri kami, insyallah kami sentiasa dilindungi ilahi dalam memberi petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar. Amin.