sajer-sajer.


Bila ijab dan kabul disahkan maka termaktublah sebuah ikatan antara adam dan hawa. Tak perlukan MOU @ surat perjanjian @ minit mesyurat, hanya sekadar surat pendaftaran sebagai syarat perkahwinan di Malaysia.

Masa berlalu, kukuhnya ikatan bergantung kepada ketuanya, pemandunya, perancangnya, dan ahli-ahlinya. Tapi dalam pada kita berwaspada untuk mencari bahagia pasti ada silapnya. Silap yang datang sehingga kita merasakan nafas di penghujungnya. Nafas yang tiada lagi seninya, tiada lagi bahagianya, yang ada hanya biarlah mati yang menjemput..itulah sebuah ungkapan yang sering kita dengar.

Bila ditanya pula pada kita akan masalah sebegini, "Apakah keputusan/ tindakan yang perlu aku buat selepas ini"...

  1. Adakah sebagai insan yang paling rapat denganya akan memberikan jawapan yang mengguriskan hatinya.

  2. Apakah jawapan kita itu akan memberikan kesan negetif sehingga berlakunya sebuah perceraian?

  3. Dan apakah jawapan pada soalan kita tu akan menyebabkan kita dipersalahkan di kemudian hari nanti?

Dalam masa yang sama, kitalah yang menjadi harapanya untuk memberikan jawapan terbaik apakah perkara yang HARUS dibuat untuk menjauhkan kesempitan hidup ini dari terus memakan dirinya.



Tapi kadang-kadang berfikir sendiri, apakah jika berlakunya sebuah perpisahan/kegagalan/keruntuhan/kesakitan dan lain, apakah itu berpunca dari nasihat-nasihat yang diberikan padanya? Sedangkan dalam manusia berdepan dengan sebuah masalah besar dalam hidupnya, dirinya kini tidak waras lagi. Maksudnya, tidak waras dari tatacara berfikir dan mencari jalan penyelesaian. Tapi beringatlah bahawa Yang ESa itu hanya menguji pada takat kemampuan hambanya. Itu janjinya. Namun di kala keadaan itu menerpa diri kita, pemikiran kita akan jauh tersasar.

Kini, dalam keluar dari kemelut hanya dua keadaan harus kita fikirkan :-

Pertama :- Sayangi diri kita, yakni keluar dari kepompong derita itu dengan meninggalkan manusia yang prejudis.

Kedua :- Berdepan dengam memelihara cinta dan kasih kita padanya tetapi derita tetap akan terus melakar indah dlm benak fikiran.

Semoga di kala kita membuat keputusan, Allah swt merestuinya. Amin.

MULUT LANTANG~MULUT LASER~MULUT CABUL


aduh..penat sungguh dengan manusia yang sebegini rupa. "Mulut macam puaka".."Mulut macam pontianak" dll..Apapun, diorang ni akan menang dalam masyarakat.Menang dalam erti kata disayangi, dipuja dan dipuji walhal mulut menjadikan punca utama dihormati.

Sungguh penat dengan situasi ni. Kenapalah manusia sedemikian rupa sentiasa tak ada yang ingin melawan. Even dia mengatakan perkara bukan-bukan, tetap, dihormati dan disanjung tinggi.

Sakit hati ni bila berlakon baik kan? konon menasihati kita sedangkan dirinya sendiri pun tak terkawal. Bukan setakat emosi tak terkawal malah pribadi, perbuatan, gaya, personaliti dan segalanya semua tak terkawal..yang dia tahu hanya mencari salah orang. Tapi orang-orang sebegini semoga dia akan terus hidup lama dan gembira berada di situ.

Penat dah aku berdampingan dengan manusia berhati busuk macam ni. Hati busuk sajer no hal, ni di plus-plus pulak dengan mulut longkang. Uashhhhh, semoga dia dibukakan pintu taubat.
x
BENGKEKKKKKK...............

Gud ByE 2010

SELAMAT TAHUN BARU....dan selamat tinggal tahun lama..
k
Kalau tahun baru selalunya diselitkan dengan keazaman berganda. uh, mcmana nak berazam thn ni kalau kesan kepada perkara tahun lepas terlalu banyak yang perlu diperbetulkan..auww, susahnyer..inilah susahnya kalau kita SALAH dalam membuat keputusan. dan akibatnya meninggalkan kesan yang cukup hitam dan perit untuk ditanggung..auw....
k
Apapun azam di tahun baru ni tetap kena semat dan plg utama azam berbunyi begini :-
k
'Semoga tahun ini aku dapat mengurangkan hutang yang banyak ini'
k
hahaha, tergelak pulak dengan azam thn 2011 ni..peapun, korang tlg doakan yerk. terutama hutang PTPTN, hutang Bank,dan hutang segala hutang-hutang lain..hik hik hik...