Buku merah AKA buku daftar mengandung

Lagi sekali, 
saya panggil buku merah iaitu buku daftar mengandungkan Adam Haziq menjadi popular dan glemer. Nurse KK datang ke ofis mintak saya bawa balik buku tersebut untuk kertas siasatan kes kematian Adam Haziq.



Saya?

sekali lagi perasaan sedih, luluh, sayu datang kembali. Perasaan rindu yang teramat kepada Adam Haziq datang lagi.

Pada 11.2.2016 Jam 7.00pagi.

Selama Adam Haziq di NICU HRPZIIKB, kami hanya tidur di dalam kereta atau berada diluar dari bilik Adam Haziq ditempatkan. Saya langsung tidak keluar dari bangunan hospital tersebut. 

Pagi tu selepas mandi, seperti hari sebelumnya, saya pergi menemani Adam Haziq.
Saya pegang tanganya dengan tangan kanan saya.
Saya pegang keningnya, ubun-ubunya, rambutnya, hidungnya, matanya dengan tangan kiri saya.

Lama.. Sampailah papanyer mintak saya keluar untuk bersarapan. Ya, saya keluar dengan niat untuk memerah susu dan akan datang kembali.

Semasa bersamanya, saya berselawat, saya bacakan ayat-ayat ringkas dari surah-surah dalam al quran. 

Apabila tangan saya mengusap matanya, Saya berkata. Tidurlah sayang mama, tidurlah dirumah allah. Mama tidak mampu lagi untuk melihat adik terus disakiti oleh jarum yang dicucuk sana sini, oleh orang-orang yang terus mengambil darah adik dan mama tidak sanggup untuk tgk adik yang terlalu lemah.

Saya tidak kuat. Saya hilang semangat saya apabila melihat keadaan Adam Haziq. Dia sawan yang berterusan. Perutnya kembung sebagaimana orang yang lemas di dalam air. Perutnya tegang, buncit. Bacaan segala bacaan menunjukkan semakin lemah. Matanyer terpejam rapat. Apbila saya buka melihat mulutnya, lidahnya terkeluar seperti dia kancing gigi.

Saya seorang ibu. Saya tidak mampu untuk terus melihat anak saya sakit. Saya juga sakit. Dengan penuh kesedihan saya menyatakan ayat yang sangat sukar untuk saya katakan. Tetapi bila keadaan Adam Haziq semakin lemah, saya redha untuk berdoa supaya Dia yang maha ESA supaya memudahkan urusan Adam Haziq.

Sejurus saya keluar dari bilik Adam Haziq untuk bersarapan, sedang saya memerah susu yang saya masih berharap untuk Adam Haziq, Nurse menghubungi hp saya meminta saya turun ke wad dengan segera.

Saya ke sana.

Dengan harapan Adam Haziq masih bernafas walaupun tersangat lemah. dan berakhir di riba saya. Kuasa allah menentukan segalanya. Saya tahu saya begitu lemah untuk melihat sendiri sebuah perpisahan. 

Nurse bertanya sama ada saya nak riba Adam Haziq atau tidak. Saya angguk kerana masa tu saya yakin Adam Haziq masih bernafas, masih bernyawa.

Saya pakaikan dia sangan sarung tangan terakhir yang saya pakaikan sebelum didiscaj dari wad Hos. Machang.

     
Saya pakaikan di sebelah tangan kanannya. Tangan kirinya terlalu banyak wayar ubat. Misi Letakkan Adam Haziq diriba saya. Masa tu kepalanya dh terkulai. Tetapi saya masih merasakan dia bernafas, dia bernyawa.

Lama dia di riba saya, sehinggalah papa Adam Haziq menyedarkan saya yang Adam Haziq telah tiada. Graf diprint dari mesin untuk melihatkan jantungnya telah berhenti.

saya sedar dalam hakikat yang sebenar-benarnya. Adam Haziq telah tiada. Adam Haziq telah pergi dan kami akan berpisah untuk selama-lamanya.

Saya kembalikan Adam Haziq kepada nurse. Nurse mintak kain batik untuk menutup Adam Haziq.
Tubuhnya dibalut dengan kain putih
Di kaki dan kepalanya di ikat dengan tali putih.

saya memegang tali putih yang diikat di kepalanya.

----------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk



#Kedai Perfume


No comments:

Post a Comment