Showing posts with label ntah peapa. Show all posts
Showing posts with label ntah peapa. Show all posts

Indahnya semua kaler.

MERAH. BIRU. HITAM. KUNING. OREN. UNGGU. PINK

Indahnyer warna-warna yang ada dalam kehidupan hari ini. 

Andai kita boleh mencorakkan kaler mengikut kata hati kita, Indahnya penghidupan ini.

Namun,

Kita tahu, segalanya tidak mungkin. Setiap kaler ada kodnya dan ada peraturannya. Macam kita juga, hidup kita berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Kita cuma manusia biasa yang mampu berjalan mengikut peredaran masa. Andai ini suratan sebuah takdir yang menetapkan, tidak upaya lagi kita untuk melawan kehendaknya.

REDHA DAN PASRAH.

Hanya itu kata-kata yang terbaik. 
Janganlah kita mempersalahkan hanya kerana sesuatu yang tak pasti. Janganlah kita menghina akan hal-hal yang tak sepatutnya, kerana roda yang berputar tak semestinya meletakkan kita di atas.

Andai takdir ini adalah anugerah untuk kita berfikir sejenak akan kesilapan-kesilapan masa lalu kita, marilah kita bersama merenungnya. Janganlah pula kita terlalu mengikut kata hati sehinggakan perbalahan terjadi antara kita.

  
Bila Orang Suka Digelar BOS...

Apa maksud BOS ?? 
Ya, seseorang boleh mengarah-ngarah tanpa diarah kan? Bukan semua orang boleh menjadi bos walaupun berada di kerusi teratas. 

Tapi yang menjadi kepelikkan, bila orang yang belum dipermurahkan rezekinya untuk berada di hirarki tetrtinggi tapi telah koya untuk menjadi sepertinya. Tak kisahlah, dan memang tak dek kaitan pun kan. Masalahnya,
sampaikan memberi kesan kepada kita, pehal? Ya, awak boleh buat apa sahaja awak nak buat tapi jangan kacau aduk kerja orang. dan kerana baran kita, tak siapa heran. awak boleh sepak teranjang, boleh lempang melempang. itu hak awak. Silakan buat. nak langgar sampai mati pun tak kisah. 

Susah kan, kalau dalam diri berjiwa besar nak mengarah orang. Kalau boleh pakcik tukang sapu pun nak arah pakai lipstik..huh, kesian betul..betul-betul kesian. Ingat yer, setiap manusia yang kita berdepan akan berdoa pada kita sama ada kesejahteraan atau pergi mampus. Janganlah cuma nak bermanis muka dengan si mata sepek jerk, sedangkan doa anak yatim lebih mulia walaupun dalam poketnya cuma ada 50sen shaja..

Kepada awak tu, maaflah entry ni.. Tapi memang i tujukan pada you. Hopefully u phmlah u tu saper..cuma si kerdil macam kami semua. jangan kerana api neraka menjunam dalam diri, terasa semua orang kerdil.. ~)


MULUT LANTANG~MULUT LASER~MULUT CABUL


aduh..penat sungguh dengan manusia yang sebegini rupa. "Mulut macam puaka".."Mulut macam pontianak" dll..Apapun, diorang ni akan menang dalam masyarakat.Menang dalam erti kata disayangi, dipuja dan dipuji walhal mulut menjadikan punca utama dihormati.

Sungguh penat dengan situasi ni. Kenapalah manusia sedemikian rupa sentiasa tak ada yang ingin melawan. Even dia mengatakan perkara bukan-bukan, tetap, dihormati dan disanjung tinggi.

Sakit hati ni bila berlakon baik kan? konon menasihati kita sedangkan dirinya sendiri pun tak terkawal. Bukan setakat emosi tak terkawal malah pribadi, perbuatan, gaya, personaliti dan segalanya semua tak terkawal..yang dia tahu hanya mencari salah orang. Tapi orang-orang sebegini semoga dia akan terus hidup lama dan gembira berada di situ.

Penat dah aku berdampingan dengan manusia berhati busuk macam ni. Hati busuk sajer no hal, ni di plus-plus pulak dengan mulut longkang. Uashhhhh, semoga dia dibukakan pintu taubat.
x
BENGKEKKKKKK...............