Qisha dah Setahun.

260512

Selamat Hari Lahir sayang.. 

Mama doakan Qisha sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, tenang dalam segala hal, jaga mama dan papa kelak, doakan kesejahteraan kami dan juga Qisha akan kekal menjadi anak yang Baik dan solehah hinggalah ke akhir hayat mu sayang.

Bila mengingati hari ini, teringat akan setahun yang lalu. pada ketika post ini ditulis, di saat itulah pertarungan untuk melahirkan Qisha berakhir dengan selamatnya.

Qisha dilahirkan pada 9.32am di Hospital Machang. Alhamdulilah, dalam tempoh sejam kesakitan selepas warded pada 8.30 pagi. Akhirnya, lahirlah Qisha yang dah lama dinanatikan. Terutama bila scan jantina, Qisha selalunya menyorok hinggakan mama lebih banyak menyediakan kaler Biru dan Pink. Surprise lah tu.

Misi di Hospital Machang tersangatlah-sangatlah baiknya. Semasa dalam labour room, hanya misi yang memberi kata-kata perangsang. Teringat kata-kata mentron :

"sha pandai mengaji tak, kalau pandai bacalah surah yang terlintas di hati sekarang, kalau tak pandai cukuplah sekadar baca bismillah atau mengucap".

Yer, bagi kita yang tahu dan hafal ayat-ayat al-quran, kata-kata itu agak mengejutkan. Tapi bagi mereka yang sentiasa berdepan dengan situasi ini, kata-kata "TAK TAHU, TAK PANDAI" adalah lumrah. Bersalin adalah satu perjuangan. kita tidak pasti sama ada selepas kelahiran itu kita masih sebagaimana sebelumnya atau kita akan pergi buat selamanya. Tapi berdoalah wahai ibu-ibu yang mana kita akan menyusukan dan menjaga anak kecil kita itu. Berdoalah untuk kita dipanjangkan umur, dipermudahkan dan tidak sakit.

Teringat semasa bekerja di tempat lama dulu, seorang akak hilang sebelah matanya selepas kelahiran anak bongsunya. (Saya lupa anak keberapa). Tapi akak tu hanya melihat dengan mata sebelah. Bukan kita berdoa kepada perkara-perkara tidak baik atau menakut-nakutkan ibu-ibu untuk bersalin tapi sekadar menjawab kenapa misi-misi di bilik bersalin sentiasa menyuruh kita membaca ayat-ayat suci selama pertarungan.



Jika ditanya pula akan sakitnya bersalin, perkara itu tidak dapat dijawab. Kerana sakitnya bersalin, hanya Yang Maha Kuasa mengetahui, tetapi nikmat yang hadir selepas melihat si kecil itu lahir tidak terkira nikmatnya. Wahai Kaum hawa, betapa hebatnya kita menjadi seorang perempuan. Pengorbanan kita melahirkan adalah sesuatu yang terus dihargai oleh suami. Kerana mereka terlalu sedih bilamana isteri yang melahirkan anak mereka dalam kesakitan. tetapi kita sebagai isteri, anak itu adalah tanda cinta kita kepadanya ~ suami.

Sekadar Berkata

Letih bilamana mereka yang dibawah ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kita. Sedangkan mereka tahu dan mereka hendaklah SENTIASA TAHU dimana hierarki sebenarnya mereka.

Kami di sini,sebagai orang kerajaan mempunyai Carta Organisasi dan Carta Fungsi masing-masing.

Kenapa masih perlu mereka dibawah merasakan diri begitu tinggi hinggakan melangkau kononnya untuk membuat keputusan.

Kepada insan seperti ini, kami, jika suatu masa nanti dipanjangkan umur dan dipermurahkan rezeki, dan disaat itu kami diantara barisan TERATAS, jangan dibodek dan disogok hanyalah untuk membuktikan diri cemerlang.

Cemerlang seseorang itu terletak pada keikhlasan hatinya.

Walau apapun, Terima Kasih kerana corak yang berbeza di ruang pejabat akan memberikan kenangan yang perlbagai.

ambik dari FB Milik Mila Millan

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: Baca dan hayati kisah di bawah ini.... Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Cherang Di Village

Adakah mampu kita terus melangkah walau dikala hati merintih kesedihan?

Dimanakah kita semasa diluar sana berarak membawa cerita bahagia mereka? Di kala itu, terasa diri sekecil kuman yang merayap menatap senyuman mereka.

Di ketika itu, terpahat di hati merasakan diri begitu kerdil dan tiada keadilan untuk terus bernafas.

Ya! terlalu sukar untuk menerima sebuah takdir. Semoga kita sentiasa menadah tangan bersujud kepadaNYA di kala senyuman mekar dan esakan air mata.

Aku bermohon padamu YA ALLAH, semoga kesihatan abe dikembalikan. tiada lagi kegembiraan di hati ma dan abah bilamana melihat kesengsaraan anaknya membawa derita kesakitan.

Kami semua tahu yang hidup dan mati itu milikMU namun kami pasrah dengan takdir mu kerana ini adalah ketentuanmu. Pertemukanlah kami dengan jalan yang lurus dan jauhkanlah kami dari kesesatan.

MATAHARI



Harapan..

Syawal kini dipetengahan. Jika dulu aidilfitri ku cuma sebagai isteri, sebagai tunang, sebagai anak TETAPI kini aidilfitriku begitu bermakna kerana menyambutnya bersama Matahariku. Jika dulu persiapan hanyalah ala kadar, tetapi kini semangat hari raya begitu menebal sekali. Baju anak didahulukan. kelengkapanya di penuhi dulu. Dia selaku ayah begitu bersungguh membeli kelengkapan Qisha. Terima Kasih Ya Allah menghadirkan kami matahari dalam kehidupan ini.
Qisha...

saya sekarang seorang MAMA...:)


Rasanya begitu lama ruangan tidak terisi dengan sebarang coretan. Rindu memang rindu, berakhir sudah segala teka teki dan gusaran di hati bil si comel NUR QISHA AISYAH hadir pada 26.5.2011 dan dicatatkan waktu bersalinnya pada 9.37 pagi (hari khamis).


Jika ditanya mengenai bagaimana sakitnya kelahiran, disitu ingin diluahkan dengan seribu keinsafan, terima kasih mak kerana telah melahirkan saya dan membesarkan saya tanpa sebarang cacat dan cela da menyempurnakan pendidikan agama dan duniawi untuk kelengkapan saya sekarang.

Qisha lahir di Hospital Machang, Kelantan. dan alhamdulilah, kesihatanya baik, terus keluar wad pada keesokan harinya. Kali pertama memangku Qisha untuk disusukan terasa begitu kekok sekali sehinggakan misi datang mengajar cara2. haha.

Lantaran itu, bermulalah tempoh berpantang. bermula dengan menyusu, kemudian memandikan, memakai baju sehinggalah memangku untuk meredakan dari menangis. Indahnya anugerah allah berikan hanya syukur dititipkan kerana mengaugerahkan sesuatu perkara paling indah dalam meniti kehidupan yang belum pasti penghujungnya. Alhamdulilah.

Qisha semakin besar. Hari ini usianya 82 hari. Banyak ragam dan macam-macam perkara yang dah dilakukan. Tidurnya nak berteman, menanignya nak dipujuk. Cuma satu yang dia tak berubah, SUKA MANDI..mesti mandi walau dalam apa keadaan walau kita dalam perjalanan jauh.haha..

Qisha memberikan seribu makna kini. Anak ini terlalu istimewa sehinggakan meninggalkanya sesaat bagaikan terasa begitu lama sekali sehinggakan tiada kerja dapat dilakukan.

doa mama, agar Qisha terus dewasa sebagai anak yang solehah yang sentiasa
akur dimana duduknya kita walau diketika itu kita menjadi orang yang paling hebat sehinggakan nama dijulang-julang dan Qisha sentiasa belajar dan terus belajar agar kita tidak kalah dengan cabaran dunia disamping keseimbangan untuk ke syurga. amin.


BERHATILAH WAHAI SI HAWA..

AWAS!!!!! BG KAUM HAWA!!! KALU NAK SELAMAT... JGN LYN....SNG CTER!!!

  • Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
  • Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
  • Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
  • awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
  • Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
  • Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
  • Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
  • Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
  • Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
  • Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
  • Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
  • Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
  • Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
  • Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u
  • syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
  • Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
  • Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
  • Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
  • Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************

  • huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
  • huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
  • Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
  • xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
  • sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
  • Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
  • jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

AWAS!!!!!!!!!!!! UNTUK KAUM HAWA!!!!!!!!!!!!!!!!!