Nafas terhenti dek kerana kanser.

21hb JANUARI 2013 (ISNIN)


Tarikh / hari yang tercatat di atas merupakan satu hari yang KEMATIAN DAN KEHIDUPAN BARU.

   Bagaimana ianya berlaku ?? 

Tidak mampu 'Bicara Shafa' menjawabnya. Yang pasti abe, Dzolafkar bin zolkifli telah pergi dan berakhir nafasnya selepas subuh. 60 hari dari 21.11.2012 dia berada di ICU, HUSM dan akhirnya dia pergi. Pergi dan takkan kembali lagi. Selamanya.

&

aku telah melahirkan Adam Haris sejam selepas kematian abe. Ya, selepas ma memaklumkan yang abe telah tiada lagi, aku dibawa ke labour room. Sejam berikutnya, adik haris dilahirkan. Kelahiran yang cukup menyenangkan.

****
Aku bersalin dengan air mata yang mengalir kerana abe sedang dimandikan jenazahnya, sedang diuruskan hal-hal akhir didunianya sebelum dikafankan dan dikebumikan dirumah.

Aku, juga tidak dapat melihat wajah terakhirnya. Abe dibawa kerumah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11 pagi dan aku baru selesai di dewan bersalin. Aku tidak dibenarkan untuk melihat abe untuk kali terakhirnya. Aku di hospital. dan abe di rumah.

Hingga ke hari ini, aku masih ingin kembali ke saat itu untuk melihat wajahmu syg. Biarpun hanya seminit. Tapi takdir tidak menemukan kita. Takdirku hanya melihatmu di ICU dan di ketika itu hanya nafas mu bergantung sepenuhnya kepada mesin nyawa. 

Ya allah, tempatkanlah adik ku di kalangan orang-orang soleh dan disisimu. Aku redha akan ketetapan ini. Hati ini terlalu merinduinya. TERLALU dan sangat-sangat merinduinya. Ingin sekali melihatnya dimana, bagaimana, dengan siapa, dan segala macam persoalan. tetapi itu adalah suatu yang tak pasti.


~~Dzolafkar & Adam Haris~~
terlalu istimewa.

----------------------------------------------------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk

#Kedai Perfume

Kopiah untuk adik




Lama tidak berada di sini.. Dah banyak perkara berlaku - Semanis Kurma Sepahit Hempedu- apapun, segalanya telah ditetapkan.

Kopiah RM5.00 untuk adik haris. Saje jalan-jalan nak gi pejabat pos, ternampak telekung. Beli sehelai telekung -RM 19.00 untuk kakak. Kakak dh selalu sgt nak semayang sama-sama ngan sesapa.

Anak ni, tak perlulah untuk kita terlalu rasa nak membentukkan mereka. Hanya pandu ke arah jalan yang lurus dan berikan nasihat di setiap persimpangan. Tidak perlu mengharapkan kecemerlangan, kecerdikan, kehebatan - tak perlu, hanya berdoa jadikanlah meraka anak-anak yang soleh dan solehah.