Menyusukan adik dan kakak.

Susu kan adik dan susu kan kakak.

Ups! ini memang kenyataan. Masa adik lahir kakak berusia 1 tahun 7 bulan dan kakak dari umur 6 bulan telah menggunkan cawan untuk minum susu. Jadi, kakak hanya minum susu tepung hanya untuk menahan lapar dan hanya kenyang dengan menyusu. Selama mengandungkan adik, memang masih menyusu kakak. Cuma, kata orang-orang tua, "kakak dah ambik hak adik" dan perlu dielakkan takut kakak cacing atau demam yang keterlaluan.

Bila adik lahir, kakak memerhati dari tepi. Menitik-nitik air liur melihat adik menyusu. Cukup-cukup kesian melihat kakak yang baru berusia 1 tahun lebih dan masih memakai pampers. Jadi, aku kuatkan hati untuk menyusukan kedua-duanya. Google dan Google dan Google untuk memperoleh keyakinan diri dan menjamin tiada kesan kepada kakak.

Hasilnya, konsep 'supply and demand' digunakan. Susu akan dihasilkan mengikut permintaan. Kakak cukup adik pun cukup. yang penting, tanamkan dalam hati dan berdoalah agar susu ini memberikan khasiat pada anak dan bukanya memudaratkan di antara kedua mereka.

Alhamdulilah, dah hampir setahun mereka menyusu bersama. Ada jugak kadang-kadang nampak adik ada rasa nak marah pada kakak. Mana taknya, kakak suka-suka tukar kiri kanan dengan alasan "air cucu dah takde".. adiklah yang menjadi mangsa keadaan. Cuma, perlu fikirkan satu perkara, menyusu ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita akan keletihan yang teramat. Bila balik dari ofis, anak-anak akan minta disusukan, dalam masa yang sama banyak kerja-kerja rumah perlu settle. So, JGN FIKIRKAN MASA REHAT ATAU MASA BERSENDIRIAN...TIADA MASA UNTUK ANDA bersedirian sebagaimana dulu kala..hahaha

Ada jugak satu kali tu pergi kenduri. Mulanya adik menyusu than kakak pulak. Kata seorang nenek tu, mana tak menangisnya budak ni, susu adik kakak ambik. Ye ke?? ada hak masing-masing. yang ada, adalah mereka akan bertentangan mata bila menyusu, sama-sama main tangan, sama-sama bertepek ngan mama. Hanya Allah yang mengetahui akan nikmatnya saat itu. allahuakbar. Betapa akrabnya mereka berdua.

Cuma,

jika kemana-mana contohnya miting ke kursus ke atau peapa yang perlu tinggalkan mereka berdua, maka susu akan membengkak dengan cepat dan sakit. Sebab mereka tidak meminumnya. tak pyh risau, sakit itu menyebabkan kita akan merindui mereka untuk berjauhan.

Susu ibu adalah yang terbaik dan sentiasa berkeadaan baik dan hanya memberikan kesan yang sangat-sangat baik pada anak anda !  

--------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk


#Kedai Perfume