Qisha dah Setahun.

260512

Selamat Hari Lahir sayang.. 

Mama doakan Qisha sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, tenang dalam segala hal, jaga mama dan papa kelak, doakan kesejahteraan kami dan juga Qisha akan kekal menjadi anak yang Baik dan solehah hinggalah ke akhir hayat mu sayang.

Bila mengingati hari ini, teringat akan setahun yang lalu. pada ketika post ini ditulis, di saat itulah pertarungan untuk melahirkan Qisha berakhir dengan selamatnya.

Qisha dilahirkan pada 9.32am di Hospital Machang. Alhamdulilah, dalam tempoh sejam kesakitan selepas warded pada 8.30 pagi. Akhirnya, lahirlah Qisha yang dah lama dinanatikan. Terutama bila scan jantina, Qisha selalunya menyorok hinggakan mama lebih banyak menyediakan kaler Biru dan Pink. Surprise lah tu.

Misi di Hospital Machang tersangatlah-sangatlah baiknya. Semasa dalam labour room, hanya misi yang memberi kata-kata perangsang. Teringat kata-kata mentron :

"sha pandai mengaji tak, kalau pandai bacalah surah yang terlintas di hati sekarang, kalau tak pandai cukuplah sekadar baca bismillah atau mengucap".

Yer, bagi kita yang tahu dan hafal ayat-ayat al-quran, kata-kata itu agak mengejutkan. Tapi bagi mereka yang sentiasa berdepan dengan situasi ini, kata-kata "TAK TAHU, TAK PANDAI" adalah lumrah. Bersalin adalah satu perjuangan. kita tidak pasti sama ada selepas kelahiran itu kita masih sebagaimana sebelumnya atau kita akan pergi buat selamanya. Tapi berdoalah wahai ibu-ibu yang mana kita akan menyusukan dan menjaga anak kecil kita itu. Berdoalah untuk kita dipanjangkan umur, dipermudahkan dan tidak sakit.

Teringat semasa bekerja di tempat lama dulu, seorang akak hilang sebelah matanya selepas kelahiran anak bongsunya. (Saya lupa anak keberapa). Tapi akak tu hanya melihat dengan mata sebelah. Bukan kita berdoa kepada perkara-perkara tidak baik atau menakut-nakutkan ibu-ibu untuk bersalin tapi sekadar menjawab kenapa misi-misi di bilik bersalin sentiasa menyuruh kita membaca ayat-ayat suci selama pertarungan.



Jika ditanya pula akan sakitnya bersalin, perkara itu tidak dapat dijawab. Kerana sakitnya bersalin, hanya Yang Maha Kuasa mengetahui, tetapi nikmat yang hadir selepas melihat si kecil itu lahir tidak terkira nikmatnya. Wahai Kaum hawa, betapa hebatnya kita menjadi seorang perempuan. Pengorbanan kita melahirkan adalah sesuatu yang terus dihargai oleh suami. Kerana mereka terlalu sedih bilamana isteri yang melahirkan anak mereka dalam kesakitan. tetapi kita sebagai isteri, anak itu adalah tanda cinta kita kepadanya ~ suami.