Indahnya semua kaler.

MERAH. BIRU. HITAM. KUNING. OREN. UNGGU. PINK

Indahnyer warna-warna yang ada dalam kehidupan hari ini. 

Andai kita boleh mencorakkan kaler mengikut kata hati kita, Indahnya penghidupan ini.

Namun,

Kita tahu, segalanya tidak mungkin. Setiap kaler ada kodnya dan ada peraturannya. Macam kita juga, hidup kita berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Kita cuma manusia biasa yang mampu berjalan mengikut peredaran masa. Andai ini suratan sebuah takdir yang menetapkan, tidak upaya lagi kita untuk melawan kehendaknya.

REDHA DAN PASRAH.

Hanya itu kata-kata yang terbaik. 
Janganlah kita mempersalahkan hanya kerana sesuatu yang tak pasti. Janganlah kita menghina akan hal-hal yang tak sepatutnya, kerana roda yang berputar tak semestinya meletakkan kita di atas.

Andai takdir ini adalah anugerah untuk kita berfikir sejenak akan kesilapan-kesilapan masa lalu kita, marilah kita bersama merenungnya. Janganlah pula kita terlalu mengikut kata hati sehinggakan perbalahan terjadi antara kita.

  

Sedetik kenangan 2012

Cepat masa berlalu. Tahun 2013 semakin menghampiri dan 2012 akan meninggalkan kita. 
Mari sama-sama kita mengenang kembali suka dan duka kita di tahun ini. Hanya tinggal belasan hari sahaja lagi dan ianya akan pergi.


Bagiku tahun 2012 merupakan tahun yang menguji jiwa kami sekeluarga. Ujian yang datang pada kami merupakan anugerah ilahi untuk kami terus memanjatkan rasa syukur dan menjadikan kami lebih matang dalam menghadapi seribu halangan dan dugaan. 

Sesungguhnya, tak siapa menginginkan kesedihan dan keperitan tapi ianya datang tanpa diundang untuk memberikan kebahagian di suatu masa kelak. 

1. Keperitan abe menanggung kesakitan  

Abe (Adik lelaki ke-4 dlm kuarga kami) masih bertarung di ICU. Dimasukkan HUSM pada 21hb Nov 2012 kerana penyakitnya iaitu tumor telah merebak 100% di keseluruhan badan termasuklah kesemua organ melainkan hati dan otak.

Secara pribadinya, sukar untuk menerima kenyataan yang amat hebat ini. Abe 100% lumpuh anggotanya. Hanya mampu menggerakkan bibir sahaja. Tidak mampu bernafas dengan sendiri, semuanya memerlukan bantuan mesin. Makan melalui tiub yang disalurkan terus ke dalam. Dirinya semakin cengkung. Doktor pakar hanya mampu melihat dan tidak mampu berbuat peapa lagi kerana penyakitnya telah menyelaputi dikeseluhan organ.

Aku semakin lemah. Semakin tidak mampu berdepan dengan kenyataan. Untuk terus ke sana melihat penderitaanya, aku semakin hilang arah. Aku semakin lupa ini adalah ujian. Ya, aku cuba untuk menerima ini adalah suratan takdir, namun hakikatnya, aku masih tidak mengenali erti redha dan pasrah. Yang aku tahu, ya allah, kembalikan abe kepada kami sebagaimana sebelumnya.
  
2. Aku akan melahirkan baby baru awal tahun depan.

Alhamdulilah, rezeki datangnya dari DIA, aku akan melahirkan anak baru di penghujung bulan 1 tahun depan. DDE maybe : 220113. Alhamdulilah.

Kalau bertanya mengenai morning sickness - jawapan aku, kandungan kali ini tidak sekalipun aku  muntah. Sungguh, sehinggakan kadang-kadang aku terlupa akan diri yang sedang membawa nyawa lain dalam perutku. Qisha (anak pertamaku), perlu berhati-hati kerana sentiasa bleeding. Tidak boleh mengangkat berat keterlaluan, bekerja keterlaluan dan sebagainya. kalau tak jawabnya, check in lah aku di Hospital Machang. atau pun MC berminggu2. Huwaaaaaaa..

Tapi kali ini, kandunganku terlalu mudah Aku berdoa agar mudah aku melahirkannya sebagaimana Qisha dulu. Ya allah, sesungguhnya padamu aku bermohon. Amin.

Hmm aku dh hilang kata-kata. tiada point penulisan lagi....huhu