D.I.Y almari dapur - kitchen cabinet jimat 02



tadaaaaaa

siap almari kasut jadi almari dapur. 
minah salleh called kitchen cabinet.

kos : lebih kurang rm400 utk 3 biji almari 

+

pemasangan tiada kos sebab mr. as yang gerudi n pasang. 

mr. as xpasang seketul kat bawah tau..
 
dia pasang satu-satu kat atas. agak letih jugaklah. tapi demi menjaga keselamatan kan. 
 
nanti dah jumpa walpaper kita wrap dia ek..kasi nampak macam fomica. haha...
 
jom lah kita berjimat yer...

 

jangan amik mudah baby menangis berpanjangan

saya bukan doktor, saya bukan misi, saya bukan bidan.

maaf jika ada tersalah dalam entry saya ini.

pengalaman saya,
adam haziq menangis dan tak nak menyusu dari pukul 1 pagi (hari pertama kelahiran) sehingga pagi esoknyer pada pukul 6 pagi. (pukul 1 pagi itulah yang saya perasan masa terakhir adam haziq menyusu)

masa ni, saya dalam wad pematauan selepas bersalin. berkali-kali misi datang amik adam haziq dan kembalikan semula kepada saya.

pada mulanya, saya perasan misi bagi susu kepada adam haziq.
tetap menangis.

kemudian, dimandikan.
juga menangis.

kemudian misi sapukan minyak angin diperut di dada adam haziq 
tetap menangis.

amik ke dalam sana (tempat misi) dan kembalikan pada saya,
tetap menangis.

masa ni, adam haziq dah menolak susu saya. saya dapat rasakan dahinya sedikit panas (dedar).
saya maklumkan kepada misi, demamker anak saya?
kata misi, TIDAK.

masa ni, misi tetap berkeras suruh saya menyusukan adam haziq. dan marah bila saya katakan adama haziq tak nak menyusu. Katanya, saya telah sycho adam haziq. emmm

anda sebagai yang akan bersalin.

jangan percayakan sesiapa disekeliling anda. walau dia pakar dalam profesion tersebut. yakin dgn kata hati tetapi jangan melampau. jadi,

di dalam beg persedia bersalin, lengkapkan juga :

- alat cek suhu anak
- minyak angin

jawapan kepada entry saya,

setiap tangisan baby ada ceritanyer. ada keinginannya.

teriakan kelaparan lain bunyinya.

teriakan dirasuk hantu lain bunyinyer

teriakan sakit yg kronik seperti adam haziq juga lain bunyinyer.

jadi, sebagaimana misi yang menjaga adam haziq pernah memberitahu saya, kami ini dilatih untuk mendengar bunyi teriakan, bunyi mesin nyawa, dan pandangan fizikal untuk melihat kesakitan baby2.

faham kan.

maksudnya, jika baby anda luar biasa menangis, rujuklah kepada hospital pakar dengan segera. hospital pakar bukan bermaksud hospital swasta semata-mata.

mungkin, baby anda masih boleh diselamatkan.
google jenis tangisan. halusi.
dan berdao supaya anak anda tidak sakit dan anda berjaya mengesan masalah anak anda.

ini pengalaman saya dan adam haziq yang mana misi dan juga doktor di dalam wad pemantauan tidak tahu yang adam haziq dalam sakit yang teramat dan saya discaj seperti biasa dr wad bersalin.


 

akhirnya saya ambik surat ni!

Memang tak nak pun saya ke HRPZ Kota Bharu, ke klinik pakar kanak-kanak untuk amik surat ni.





tapi,

sebab Doktor Raja Solehaton - doktor pakar kanak-kanak Hospital Tanah Merah. 
Sebab Adam Haris di bawah pemantauan doktor raja. 

(sekali lagi air mata jatuh dari hospital sampailah ke tempat parking kereta, kat stadium nuuu) rindunyer ke sayang saya ni. Tapi 
ini semua adalah daripadaNYA. Dia lebih mengetahui. Insyallah.

lama saya menyimpan surat ini. Lamaa. 

seterusnya, saya akan bawa surat ni ke pakar genetik, HUSM.

dan segala pecahan kromosom, dna, inborn error sekali lagi akan diterangkan pada 31.10.2016 nanti.

soalan saya : kuatkah saya untuk mendengarnya?
percayakah saya kepada teori sains?
 

abah dan kanser - part 02 : apakah kami sedang lakukan untuk abah

Contoh perkembangan sel kanser bermula dari tahap 0 sehingga ke tahap 4.
sumber : http://lawankanser.net/penyakit-kanser.html

Apa kami buat kini?

1 :  mengikut plan doktor

atau

2 : tradisional @ bomoh

jawapan saya pada  ini mestilah mengikut sains.

tetapi...

 18.9.2016 (Ahad) : Abah dikesan kanser di tahap 04
abah  disuruh balik kerumah dan kembali ke hospital pada 27.10.2016

akan datang 27.10.2016 : akan ke husm untuk apa, saya tak tahu

akan datang 23.11.2016 : temujanji klinik pakar hospital kuala krai.

emmm, hospital tidak memberikan abah apa-apa ubat dan tarikh ke hospital bukan minggu depan tetapi bulan ke bulan.
Boleh ke saya katakan bahawa hospital tidak bertindak apa-apa pun dlm tempoh yang singkat walau sakit abah sangat kronik.

jadi...

kami kini mengkaji bagaimanakah berlakunya kanser mengikut sains dan perubatan islam.

kini, kami menjaga pemakanan abah.

antara pantang abah kini : 
yis,
kapur,
gula,
garam,
buah-buahan yang sejuk
daging
kafein

apa yang kami bagi abah makan ialah :
air alkali,
madu,
habbatulsauda,
pil apricot
jus durian belanda,
air zam zam,
nasi + sayur2 termasuk brocoli,
nasi + ikan yang dibanyakkan dengan kunit dan lada hitam,
dan ubat dari ustaz manaf.

siapa ustaz manaf?
saya tidak mengenali ustaz manaf secara rapat.
tetapi dia sangat terkenal mengenai kelebihanya dalam penyakit kanser. kami ke rumahnya. Dia tidak memerlukan bayaran di atas kelebihanya, tetapi kami hanya perlu membeli ubatnya.
(pic ubat akan saya letak kemudian)

dan apabila saya bertanya pada wakil ustaz manaf,

ustaz, adakah penyakit abah akan sembuh?

kata ustaz. INSYALLAH.
kanser boleh diubati dengan jaga pemakanan dan DOA.
jaga pemakanan
berdoalah

dia mengulangi 2 perkara tersebut berulang kali.
kini, apa kami lakukan untuk abah adalah menjaga segala pemakanan abah dan kami bacakan yasin setiap malam dan solat hajat.

saya berikhtiar.
ma beriktiar.
adik beradik beriktiar.
 segalanya untuk abah.

Walaupun mati itu pasti, dan penyakit yang diberi nama oleh sains itu adalah asbab setiap kematian, namun kami akan cuba yang terbaik supaya kami tidak akan sesekali menyesali di kemudian hari.

setiap kesakitan, dugaan yang berat itu adalah kerana kami dipilih untuk melaluinya supaya hati kami sentiasa mengingati DIA yang maha esa.

doakan abah semoga sabar dalam ujian sebesar ini dan redha akan setiap kesakitan yang dirasainya.

apricot dikatakan sangat berkesan untuk pesakit kanser. Insyallah, dengan izin allah dan doa kepada allah, kami hanya berusaha.

 

abah dan kanser - part 01







ABAH,

Zolkifli Md Noor. 
Dilahirkan pada 22/01/1954.
Umur abah kini 62 tahun.

akhirnya pada 18.9.2016 (ahad) - Klinik Pakar Hospital Kuala Krai mengesahkan abah mempunyai kanser tahap iv. Kanser dah dah menyeliputi kesemua tulang, paru-paru, organ dan hati.

kami?

Sungguh-sungguh kami tidak menyangkakanya. Kami tahu abah sakit. Tapi tidak terfikir sakitnyer sehingga di tahap ini. 

Abah, kelihatan tenang dan biasa. Seperti tanggapan awal dan kata-katanya kepada kami. "Abah ke hospital hari ini dan abah tidak tahu sama ada abah balik ataupun tidak".

Dia telah merasainya. rasa sakitnya dan lemahnya tubuhnya. Tetapi tidak mengetahui akan jenis kesakitanya.

Keluar dari bilik doktor, ketenangan yang saya cuba wujudkan didepan abah tiada lagi. Air mata mencurah-curah. Siapa saya untuk menidakkan takdir ilahi. saya manusia biasa. Setenang manapun, akan menyebabkan hati saya pilu dan sedih dan cukup terkesan.

Apa yang kami tahu. Abah telah mula berasa kurang sihat dari bulan puasa hari tu (Bulan 06/2016). dan telah bermula mengunjungi hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan. Tapi kesemuanya menyatakan kesihatan abah sangat baik. itulah kata2 dari Hospital Machang dan Klinik Kesihatan Batu 30 serta beberapa klinik swasta.

Ma mengikut kata hati untuk terus ke Kecemasan, Hospital Kuala Krai. Dari kecemasan, abah dimasukkan ke dalam wad - ditahan untuk dipantau kesihatanya. tahniah hospital Kuala Krai. anda tahu membezakan seseorang itu berpenyakit ataupun tidak. alhamdulilah.

kemudian, abah di panjangkan untuk ujian bronchoscopy di HPRZ Kota Bharu. Tetapi malang, ujian tu xberjaya. Jika diteruskan abah akan bleeding.
 Akhirnya, abah menjalani CT Scan yang dibuat sendiri di Hospital Kuala Krai.


Akhirnya, sebulan dari ct scan barulah dikesan abah telah mempunyai kanser dan ditahap yang sgt kritikal iaitu EMPAT!

bagaimana abah hari ini?

abah sakit yang berpanjangan - abah sakit di bahagian dadanya, di bahagian tulang belakang.

abah tidak boleh untuk meminum susu dan berbau byk makanan.

abah solat di atas kerusi dan tidak mampu lagi untuk solat duduk.

abah tidak boleh tidur malam.

abah hanya terbaring lesu dan mengaduh sakit di bahagian tulang-tulangnya.

berat abah makin turun. kini hanya 48kg sahaja.

saya ada bertanya. 

Abah tak pernah ke rasa sakit selama ini?
Jawab abah, tak terasa melainkan sikit2 xboleh bernafas sejak bulan puasa hari tu.

Jika bertanya saya, apa perubahan ketara abah?
jawapan saya, tak sakit rasanya melainkan sejak akhir ini abah xboleh bernafas dengan baik. dan ada kalanya terasa sakit dada.

kanser.

apakah maksud kanser.

apakah punca kanser.

kanser sedang menyerang abah kini.
kanser telah menjadi punca kematian abe - adik saya ke empat pada usia 18 tahun.

di saat hati saya terkesan, sedih yang teramat. saya pegang kata-kata ini.

KETIKA MASALAH DATANG
ALLAH TIDAK MEMIKIRKAN KITA JALAN KELUAR SEHINGGA PENAT
ALLAH HANYA MEMINTA KITA SABAR DAN SOLAT.