Showing posts with label Abe. Show all posts
Showing posts with label Abe. Show all posts

Nafas terhenti dek kerana kanser.

21hb JANUARI 2013 (ISNIN)


Tarikh / hari yang tercatat di atas merupakan satu hari yang KEMATIAN DAN KEHIDUPAN BARU.

   Bagaimana ianya berlaku ?? 

Tidak mampu 'Bicara Shafa' menjawabnya. Yang pasti abe, Dzolafkar bin zolkifli telah pergi dan berakhir nafasnya selepas subuh. 60 hari dari 21.11.2012 dia berada di ICU, HUSM dan akhirnya dia pergi. Pergi dan takkan kembali lagi. Selamanya.

&

aku telah melahirkan Adam Haris sejam selepas kematian abe. Ya, selepas ma memaklumkan yang abe telah tiada lagi, aku dibawa ke labour room. Sejam berikutnya, adik haris dilahirkan. Kelahiran yang cukup menyenangkan.

****
Aku bersalin dengan air mata yang mengalir kerana abe sedang dimandikan jenazahnya, sedang diuruskan hal-hal akhir didunianya sebelum dikafankan dan dikebumikan dirumah.

Aku, juga tidak dapat melihat wajah terakhirnya. Abe dibawa kerumah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11 pagi dan aku baru selesai di dewan bersalin. Aku tidak dibenarkan untuk melihat abe untuk kali terakhirnya. Aku di hospital. dan abe di rumah.

Hingga ke hari ini, aku masih ingin kembali ke saat itu untuk melihat wajahmu syg. Biarpun hanya seminit. Tapi takdir tidak menemukan kita. Takdirku hanya melihatmu di ICU dan di ketika itu hanya nafas mu bergantung sepenuhnya kepada mesin nyawa. 

Ya allah, tempatkanlah adik ku di kalangan orang-orang soleh dan disisimu. Aku redha akan ketetapan ini. Hati ini terlalu merinduinya. TERLALU dan sangat-sangat merinduinya. Ingin sekali melihatnya dimana, bagaimana, dengan siapa, dan segala macam persoalan. tetapi itu adalah suatu yang tak pasti.


~~Dzolafkar & Adam Haris~~
terlalu istimewa.

----------------------------------------------------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk

#Kedai Perfume

Penyakit Tumor - Abe semakin kritikal

Aku bukanlah seorang doktor, bukan juga seorang profesor dan apalagi seorang bomoh yang begitu pandai akan penyakit-penyakit dalaman yang tidak nampak.

Adik aku, seorang lelaki bernama Dzolafkar bin Zolkifli, kini berumur 18 tahun sedang tenat akibat dari penyakit tumor. Segala anggatonya kecuali kaki sahaja yang masih berfungsi. yang lainnya telah longlai (tidak bermaya)

Aku akan cuba pastekan gbr terkininya dan perubahan demi perubahan pada fizikalnya. 

Cuma disini, penyakit tersebut dikenalpasti pada tahun 2010 pada usianya 16 tahun. Dari Hospital Machang, dipanjangkan ke Hospital Besar Kota Bharu dan sehari selepas tu terus ke Hospital HUSM. 

Masa tu, kami bagaikan hidup terawang2. Tidak berpijak dibumi yang nyata. Tumornya menyaluti salur darah utama dari pangkal leher ke kepala. Apa yang HUSM yang terangkan, jika pembedahan segera tidak dilakukan akan menyebabkan darah ke kepala terhenti akibat dari tekanan tumor yang menyalutinya salur darah tersebut.

Bagaimana kami mengesan penyakit tersebut?
Asalnya, abe (adik aku tu) merasakan lenguh teramat2 pada tgn sebelah kirinya. Tiap2 masa terasa lenguh. Pada pandangan awal kami, itu cuma alasan MALASnyer. Hampir setahun dia mengadu akan lenguh pd bahagian ketiak ke jari (tgn kirinya). Akhirnya abah cuba dapatkan rawatan di Hospital Machang. Pada pandangan awal doktor, kemungkinan tgn kirinya tak cukup zat/ nutrien/ atau peapalah. Jadi, abe terpaksa menjalani fisioterapi selama setahun dan kesan dari fisio tersebut akan dikajisemula.

Setahun berlalu.

Abe semakin sakit pd bahagian tanganya. Malah, fisio yang dijalani selama setahun tidak memberi peapa perubahan pada dirinya. Akhirnya doktor dapatkan tarikh dari Hospital Besar Kota Bharu untuk temujanji bagi menjalani MRI. 

Selepas mendapat keputusan MRI, Doktor pakar terus memanjangkan kes abe ke HUSM kerana MRI telah mengenalpasti terdapat seperti ketumbuhan yang menyaluti pangkal leher di bahagian dalamnya.

Akhirnya, bulan 4 tahun lepas (2011), abe menjalani major operation untuk membuang ketumbuhan tersebut. Walau apapun, tumor tersebut tidak boleh dibuang 100%, tunggulnya tetap tidak boleh dibuang.

Kesan dari pembedahan pertama.
Tgn kiri abe longlai sampai sekarang. Tidak berfungsi. Apa kerisauan kami sebelum pembedahan, adakah abe akan pulih sepenuhnya? Apakah abe akan bangun? berapa lamakah abe dalam ICU? 

Semua perasaan beberlah bahagi. 

Alhamdulilah, abe kembali pulih selepas sehari pembedahan dan dikeluarkan dari ICU ke wad pemantauan. Cuma tgnnya shaja yang mengalami kecacatan. Tidak berlakunya pendarahan atau peapa.
JGN TAKUT DENGAN PEMBEDAHAN. Semua itu kuasa Yang Maha Esa mengkehendaki akan sesuatu.

Kini, di tahun 2012, abe bukan lagi seperti waktu keciknya dulu. Seorang yang aktif, lelaki yang hensem, putih melepak, tinggi lampai, cukup sifatnya, kreatif pemikiranya.

Tumor abe telah merebak. Merebak ke bahagian kanan badanya. telah menyaluti paru2. juga pada bahagian perutnya. Asalnya doktor akan membuat pembedahan kedua pada kadar segera. Namun, kerana tumor yang merebak begitu drastik menyebabkan hanya ada 1 jalan sahaja, kimoterapi dengan kos pembelian ubat sahaj RM150,000.00 yang diorder di Amerika. 

Begitu singkat masa berlalu. Terlalu cepat segalanya merubah. Abe dari seorang yang normal telah berubah. Kedua tanganya kini tiada daya Tapi dia tetap merasa. Tidak mampu mengangkat walau sebatang sudu. Abe perlu dimandikan, dibasuh berak dan kencingnya. Disuap minumnya, dipapah untuk bergerak, diangkat jika lenguh. Abe bukan lagi seperti dulu.

Tumor ku anggap mcm sejenis racun berbisa yang mampu merubah secara keseluruhan dalam sekelip mata. Dari mana datangnya tumor? macamana ia membiak? macamana ia merebak? bagaimana dia memilih mangsa. JAwapan doktor hanyalah (1) keturunan dan (2) sejak dilahirkan telah terdapat tumor bersamanya dan membesar bersamanya.

Diluar sana,doakan abe ditemui jalan penyelesaian. Doakan kesihatanya pulih kembali. Doakan dia mempunyai semangat yang menggunung untuk melawan akan penyakitnya. Doakan kami bertemu dengan penawarnya. Amin.   

----------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk

#Kedai Perfume  

Sekitar perjalanan rawatan Abe di HUSM

14.4.2011




  • Hari ni abe akan menjalani Ctscan. Untuk apa susah nak diterjemahkan.
  • Tangan abe makin tak ada daya walaupun dirinya seperti kuat melawan penyakitnya itu namun yang pasti dirinya semakin tenat. Dalam kesakitan, kami yang disisinya sentiasa melihat dia tersenyum seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku. Dalam seharian guarauan sentiasa diberikan. Pada kami, panjangkanlah umurnya, sihatkan dirinya seperti yang kami lihat hari ini. Tiada apa harapan kami lagi melainkan ingin terus bersamanya dalam suka dan duka kehidupan kami.

Sekitar perjalanan rawatan Abe di HUSM

10.4.2011

Abe kini ditempatkan di wad 1 Selatan HUSM. Fokus wad ialah penyakit Neuro. Rawatan masih belum bermula. Doktor hanya memantau abe sebelum pembedahan dijalankan. Semalam abah dh sign surat kebenaran untuk proses CityScan yang akan dijalankan nanti.

Abe masih tenang. wajahnya ceria. dan dirinya masih cool n steady. Harapan kami sekeluarga semoga dia terus tenang dan kuat semangatnya untuk terus melawan penyakitnya.

Ma masih di hospital. terus disana menunggu abe. Abah berulang dari KB ke rumah (Machang).

Di rumah, agak sepi. hanya keletihan yang wujud di wajah masing-masing apabila malam bersilih ganti dengan siang. Masa lebih banyak di hospital dan masing-masing masih menunggu keputusan doktor untuk pembedahan.

Yang pasti doa kami supaya abe kembali pulih seperti hari ini atau dengan lebih baik. tiada apa di wajah kami kini melainkan doa yang terus dipanjat supaya yang maha esa memberkati pembedahan abe. Semoga segala urusanya dipermudahkan. Amin.

Sedikit bicara pagi..

ketika sinar mentari menyinari, apakah perasaan kita dilaka itu pabila dikhabarkan dengan suatu berita yang sukar untuk diterima dek akal normal?

itulah yang terjadi pada kami, bila adik kesayangan kami disahkan mengidap ketumbuhan pada saraf. Apa yang berlaku terlalu singkat, terlalu pendek.Dalam tempoh seminggu, segala yang bahagia menjadi derita. Di kala itu, tiada apa yang mampu kami lakukan melainkan menangis dan menangis.

Bila ayah yang menjadi kekuatan kami tiba-tiba rebah dan tersedu menangis isak, di ketika itu kami semua bagaikan lumpuh. Bagaikan nafas ini terhenti. Tiada kata, tiada rasa yang kami boleh katakan pada ketika itu. Mama hanya membaca yasin pada setiap malam sebelum tarikh pembedahan yang akan dijalankan pada 10.4.2011 nanti.

Rawatan adik bakal dijalankan oleh pakar neuro HUSM Kota Bharu, Insyallah. segala rawatan sebelum ini telah dikendalikan oleh Hospital Besar. Namun sejauh mana stage tumor masih belum diketahui.

Pada diluar sana, doakan keluarga kami dikurniakan kekuatan berganda untuk menyokong dirinya agar berjaya dalam pembedahan ini. Tangisan air mata kami kini menjadi peneman di setiap hari. Semoga air mata ini akan berhenti kelak dengan berita yang menggembirakan.

Kadang-kadang terfikir suatu perkara, abe disahkan mengidap tumor pada Mac 2011. dan arwah Syamil pergi juga pada Mac 2010. Begitupun besar dugaan ini datang mengahmpiri kami, insyallah kami sentiasa dilindungi ilahi dalam memberi petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar. Amin.