masalah menyusu

Tajuk jer ai jenamakan "Masalah" sebenarnya xdek masalah punnn... 

ok.

ai, anak sulung baru setahun 3 bulan kot dah mengandungkan Adam Haris. Qisha memang menyusu sepenuhnya, dan xminum susu tepung.

Macam-macam dh ai buat nak bagi Qisha minum susu tepung. Semua susu ai try, hmmm - tetap xnak. semua jenis botol ai try, pun xnak..semua jenis puting ai try, pun xnk. So, kesiankan nak stop dari dia menyusu.

mama ai org lama2. 
Kata dia, mana boleh menyusukan kakak nanti adik xcukup khasiat. Gulp !
Macamana ni. dahlah xplan pun nak anak no.2 dlm masa cepat sangat tp my laling memang naklah kan. dan xkan nak biarkan Qisha lapar. Ohoooo..

So, i nekad, i teruskan menyusukan Qisha walaupun masa tu tgh pregnant.

Ok, tipulah kalu ai xmenggugelkan. 
gugel dan gugel dan gugel....................................Jawapan xjumpa.

i tetap menyusukan Qisha. Alhamdulilah, xdek peapa. Insyallah. Yakinlah syg2. Yakin kpd Allah. Ai kerja tau - kerja ofis. kdg2 adalah kena outstation. So bab bengkak susu + bengkak kaki pregnant + pening muntah + xdek daya nak susukan Qisha tu memang sgt2 terkesan dalam diri ai.

Nekad !
Susukan ajer sampai ai bersalinkan Haris. 

Bila bersalin...Kali pertama Qisha xmenyusu lebih dari 24jam sebab ai kena berada dalam wad selepas bersalin (untuk pemantauan), sehari jer. Kesian kan.

Masa nilah, dlm fikiran ai akan kata-kata nenek2 kat kg ai. 

"kakak dh minum bhg adik punyer"

ada logik ke ayat tu??? hmm, ai xtau. kann misi selalu ckp, susu yang kaler kekuningan tulah yang paling bgs utk baby baru lahir. Tapi bila dah kakak dok menyusu, hbs kaler semua dia sedut kan. haha. So, apa kaler lagi untuk adik?

xper, YAKIN. gunakan konsep demand n supply. mcm kita belajar ilmu ekon0mi tingkatan 4 dulu2. Akan ada bahagian masing. insyallah

So, pengalaman ai, 2 tahun jugaklah menyusukan adik dan kakak. xdek pun masalah xcukup susu. ai berhenti menyusukan Qisha masa Qisha umur 4tahun lebih dan Haris Masa Umur 2 tahun.

So matematik ai kira :- air start menyusu dari 26.05.2011 (Hari Qisha lahir) - 21.1.2015 (umur haris 2 tahun cukup) = jumlah keseluruhan menyusu tanpa henti : 4 tahun lebih. 

Dan ai ni xberapa minat dengan apa-apa pemakanan tambahan. ai xminum pun susu. Tapi apabila minda kita dah set untuk susukan anak, susukan anak, anak kena minum dan kenyang dengan susu kita dan mama nak anak mama minum susu mama, alhamdulilah, allah permudahkan.

(ai ada pengalaman tau, menyusu serentak 2 orang..haha) ingat satu jer, ai kata pd diri ai, andai kata ai ada anak kembar pun akan berlaku perkongsian kan. 

okey uoll, be positif. apa sahaja kita buat mesti yakin. mesti teruskan. xdek benda yang kita buat semua mengikut perancangan dan akhirnya berjaya macam dalam drama atau novel. Tapi, kita mesti pastikan untuk kita berjaya walaupun kita berjalan di atas kaca dan duri. akhirnya, matlamat dalam genggaman.

u, seronok tau bila anak di atas lengan kita. wahhhh, pengalaman berharga yang xkan dapat pada semua orang dan masa kita. alhamdulilah.

jangan risau-risau. tidak ada masalah. ai bukan doktor bukan bomoh tapi ai hanya menulis berdasarkan pengalaman.

----------------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk

#Kedai Perfume





masa ni Qisha umur 3 tahun n Haris setahun..

jarak diorang tu mcm setahun sorang jer..tp haris lahir bulan 1/2013 n Qisha bulan 5/2011. ikut tahun macm 2 tahun..ikut bulan, xcukup pun. haha...

No comments:

Post a Comment