abah dan kanser - part 01







ABAH,

Zolkifli Md Noor. 
Dilahirkan pada 22/01/1954.
Umur abah kini 62 tahun.

akhirnya pada 18.9.2016 (ahad) - Klinik Pakar Hospital Kuala Krai mengesahkan abah mempunyai kanser tahap iv. Kanser dah dah menyeliputi kesemua tulang, paru-paru, organ dan hati.

kami?

Sungguh-sungguh kami tidak menyangkakanya. Kami tahu abah sakit. Tapi tidak terfikir sakitnyer sehingga di tahap ini. 

Abah, kelihatan tenang dan biasa. Seperti tanggapan awal dan kata-katanya kepada kami. "Abah ke hospital hari ini dan abah tidak tahu sama ada abah balik ataupun tidak".

Dia telah merasainya. rasa sakitnya dan lemahnya tubuhnya. Tetapi tidak mengetahui akan jenis kesakitanya.

Keluar dari bilik doktor, ketenangan yang saya cuba wujudkan didepan abah tiada lagi. Air mata mencurah-curah. Siapa saya untuk menidakkan takdir ilahi. saya manusia biasa. Setenang manapun, akan menyebabkan hati saya pilu dan sedih dan cukup terkesan.

Apa yang kami tahu. Abah telah mula berasa kurang sihat dari bulan puasa hari tu (Bulan 06/2016). dan telah bermula mengunjungi hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan. Tapi kesemuanya menyatakan kesihatan abah sangat baik. itulah kata2 dari Hospital Machang dan Klinik Kesihatan Batu 30 serta beberapa klinik swasta.

Ma mengikut kata hati untuk terus ke Kecemasan, Hospital Kuala Krai. Dari kecemasan, abah dimasukkan ke dalam wad - ditahan untuk dipantau kesihatanya. tahniah hospital Kuala Krai. anda tahu membezakan seseorang itu berpenyakit ataupun tidak. alhamdulilah.

kemudian, abah di panjangkan untuk ujian bronchoscopy di HPRZ Kota Bharu. Tetapi malang, ujian tu xberjaya. Jika diteruskan abah akan bleeding.
 Akhirnya, abah menjalani CT Scan yang dibuat sendiri di Hospital Kuala Krai.


Akhirnya, sebulan dari ct scan barulah dikesan abah telah mempunyai kanser dan ditahap yang sgt kritikal iaitu EMPAT!

bagaimana abah hari ini?

abah sakit yang berpanjangan - abah sakit di bahagian dadanya, di bahagian tulang belakang.

abah tidak boleh untuk meminum susu dan berbau byk makanan.

abah solat di atas kerusi dan tidak mampu lagi untuk solat duduk.

abah tidak boleh tidur malam.

abah hanya terbaring lesu dan mengaduh sakit di bahagian tulang-tulangnya.

berat abah makin turun. kini hanya 48kg sahaja.

saya ada bertanya. 

Abah tak pernah ke rasa sakit selama ini?
Jawab abah, tak terasa melainkan sikit2 xboleh bernafas sejak bulan puasa hari tu.

Jika bertanya saya, apa perubahan ketara abah?
jawapan saya, tak sakit rasanya melainkan sejak akhir ini abah xboleh bernafas dengan baik. dan ada kalanya terasa sakit dada.

kanser.

apakah maksud kanser.

apakah punca kanser.

kanser sedang menyerang abah kini.
kanser telah menjadi punca kematian abe - adik saya ke empat pada usia 18 tahun.

di saat hati saya terkesan, sedih yang teramat. saya pegang kata-kata ini.

KETIKA MASALAH DATANG
ALLAH TIDAK MEMIKIRKAN KITA JALAN KELUAR SEHINGGA PENAT
ALLAH HANYA MEMINTA KITA SABAR DAN SOLAT.

No comments:

Post a Comment