Indahnya semua kaler.

MERAH. BIRU. HITAM. KUNING. OREN. UNGGU. PINK

Indahnyer warna-warna yang ada dalam kehidupan hari ini. 

Andai kita boleh mencorakkan kaler mengikut kata hati kita, Indahnya penghidupan ini.

Namun,

Kita tahu, segalanya tidak mungkin. Setiap kaler ada kodnya dan ada peraturannya. Macam kita juga, hidup kita berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Kita cuma manusia biasa yang mampu berjalan mengikut peredaran masa. Andai ini suratan sebuah takdir yang menetapkan, tidak upaya lagi kita untuk melawan kehendaknya.

REDHA DAN PASRAH.

Hanya itu kata-kata yang terbaik. 
Janganlah kita mempersalahkan hanya kerana sesuatu yang tak pasti. Janganlah kita menghina akan hal-hal yang tak sepatutnya, kerana roda yang berputar tak semestinya meletakkan kita di atas.

Andai takdir ini adalah anugerah untuk kita berfikir sejenak akan kesilapan-kesilapan masa lalu kita, marilah kita bersama merenungnya. Janganlah pula kita terlalu mengikut kata hati sehinggakan perbalahan terjadi antara kita.

  

No comments:

Post a Comment