Penyakit Tumor - Abe semakin kritikal

Aku bukanlah seorang doktor, bukan juga seorang profesor dan apalagi seorang bomoh yang begitu pandai akan penyakit-penyakit dalaman yang tidak nampak.

Adik aku, seorang lelaki bernama Dzolafkar bin Zolkifli, kini berumur 18 tahun sedang tenat akibat dari penyakit tumor. Segala anggatonya kecuali kaki sahaja yang masih berfungsi. yang lainnya telah longlai (tidak bermaya)

Aku akan cuba pastekan gbr terkininya dan perubahan demi perubahan pada fizikalnya. 

Cuma disini, penyakit tersebut dikenalpasti pada tahun 2010 pada usianya 16 tahun. Dari Hospital Machang, dipanjangkan ke Hospital Besar Kota Bharu dan sehari selepas tu terus ke Hospital HUSM. 

Masa tu, kami bagaikan hidup terawang2. Tidak berpijak dibumi yang nyata. Tumornya menyaluti salur darah utama dari pangkal leher ke kepala. Apa yang HUSM yang terangkan, jika pembedahan segera tidak dilakukan akan menyebabkan darah ke kepala terhenti akibat dari tekanan tumor yang menyalutinya salur darah tersebut.

Bagaimana kami mengesan penyakit tersebut?
Asalnya, abe (adik aku tu) merasakan lenguh teramat2 pada tgn sebelah kirinya. Tiap2 masa terasa lenguh. Pada pandangan awal kami, itu cuma alasan MALASnyer. Hampir setahun dia mengadu akan lenguh pd bahagian ketiak ke jari (tgn kirinya). Akhirnya abah cuba dapatkan rawatan di Hospital Machang. Pada pandangan awal doktor, kemungkinan tgn kirinya tak cukup zat/ nutrien/ atau peapalah. Jadi, abe terpaksa menjalani fisioterapi selama setahun dan kesan dari fisio tersebut akan dikajisemula.

Setahun berlalu.

Abe semakin sakit pd bahagian tanganya. Malah, fisio yang dijalani selama setahun tidak memberi peapa perubahan pada dirinya. Akhirnya doktor dapatkan tarikh dari Hospital Besar Kota Bharu untuk temujanji bagi menjalani MRI. 

Selepas mendapat keputusan MRI, Doktor pakar terus memanjangkan kes abe ke HUSM kerana MRI telah mengenalpasti terdapat seperti ketumbuhan yang menyaluti pangkal leher di bahagian dalamnya.

Akhirnya, bulan 4 tahun lepas (2011), abe menjalani major operation untuk membuang ketumbuhan tersebut. Walau apapun, tumor tersebut tidak boleh dibuang 100%, tunggulnya tetap tidak boleh dibuang.

Kesan dari pembedahan pertama.
Tgn kiri abe longlai sampai sekarang. Tidak berfungsi. Apa kerisauan kami sebelum pembedahan, adakah abe akan pulih sepenuhnya? Apakah abe akan bangun? berapa lamakah abe dalam ICU? 

Semua perasaan beberlah bahagi. 

Alhamdulilah, abe kembali pulih selepas sehari pembedahan dan dikeluarkan dari ICU ke wad pemantauan. Cuma tgnnya shaja yang mengalami kecacatan. Tidak berlakunya pendarahan atau peapa.
JGN TAKUT DENGAN PEMBEDAHAN. Semua itu kuasa Yang Maha Esa mengkehendaki akan sesuatu.

Kini, di tahun 2012, abe bukan lagi seperti waktu keciknya dulu. Seorang yang aktif, lelaki yang hensem, putih melepak, tinggi lampai, cukup sifatnya, kreatif pemikiranya.

Tumor abe telah merebak. Merebak ke bahagian kanan badanya. telah menyaluti paru2. juga pada bahagian perutnya. Asalnya doktor akan membuat pembedahan kedua pada kadar segera. Namun, kerana tumor yang merebak begitu drastik menyebabkan hanya ada 1 jalan sahaja, kimoterapi dengan kos pembelian ubat sahaj RM150,000.00 yang diorder di Amerika. 

Begitu singkat masa berlalu. Terlalu cepat segalanya merubah. Abe dari seorang yang normal telah berubah. Kedua tanganya kini tiada daya Tapi dia tetap merasa. Tidak mampu mengangkat walau sebatang sudu. Abe perlu dimandikan, dibasuh berak dan kencingnya. Disuap minumnya, dipapah untuk bergerak, diangkat jika lenguh. Abe bukan lagi seperti dulu.

Tumor ku anggap mcm sejenis racun berbisa yang mampu merubah secara keseluruhan dalam sekelip mata. Dari mana datangnya tumor? macamana ia membiak? macamana ia merebak? bagaimana dia memilih mangsa. JAwapan doktor hanyalah (1) keturunan dan (2) sejak dilahirkan telah terdapat tumor bersamanya dan membesar bersamanya.

Diluar sana,doakan abe ditemui jalan penyelesaian. Doakan kesihatanya pulih kembali. Doakan dia mempunyai semangat yang menggunung untuk melawan akan penyakitnya. Doakan kami bertemu dengan penawarnya. Amin.   

----------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk

#Kedai Perfume  

No comments:

Post a Comment