M.U.L.U.T B.U.S.U.K *** M.U.L.U.T J.A.H.A.T

CIRI MANUSIA YANG EGO DENGAN DIRI SENDIRI :-

BERLAGAK PRIHATIN

Manusia ini sentiasa telefon, bertanya kabar dan mencari semua orang di sekililingnya untuk mencari gosip dan perkara terkini untuk diumpat. Tetapi lagaknya lebih kepada bertanya kabar. Bila satu-satu beriter disampaikan, dia akan menjadi manusia yang sangat syahdu dan berperimanusia. Selepas seketika, terus beriter tersebut di bawa ke merata2.

Pandangan mata

Cukup memilukan bila kita dipandang sebelah mata kan. Sudut pandangan terhadap kita begitu kecil sekali di matanya dari semua aspek. Sungguh tragis. Manusia ini akan merasakan dirinyer begitu sempurna.

Sedarkah dia, dia pernah merasa kesusahan berganda suatu ketika dahulu sehingga Yang Maha Esa itu menganugerahkan rezeki melimpah ruah hari ini? Walaupun di bibirnya sentiasa meniti syukur kepada Yang Maha esa tetapi terjemahan perkataanya yang dibicarakan dengan sesiapa penuh dengan palitan perlian, apakah ini bukan suatu dosa?

CUKUP ALIM dan BERHEMAH

Dirinya umpama manusia sempurna dari sudut siapa yang melihatnya. Tetapi apakah dirinya sedar bahawa bilamana setiap perbuatan di kanannya itu diketahui oleh bahagian kirinya, apakah itu suatu perkara mulia?

Kita sebenarnya umpama roda yang bergerak dan berputar. Jangan disangka ribut yang datang dan datang membawa badai sedangkan pelangi petang sedang menerbitkan diri...

Pergilah membawa kepada suatu yang mendatangkan taubat kerana manusia ini terlalu tinggi egonya dan terlalu bangga dengan diri sendiri.

LENGKAPKANLAH KEIHLASAN DALAM DIRI

Dirinya umpama berada di syurga, segalnya datang dengan usahanya sendiri.. Dengan bangga, ayat yang meniti di bibirnya hanyalah kekesalan di atas kesilapan orang lain yang dilakukakan.

Dalam tidak sedar, dia alpa dengan tapak yang sedang dia berdiri kini sebenarnya hasil dari jerit-perih dan derita manusia yang menyayanginya suatu ketika dulu.

Kemanakah rasa hormat yang suatu ketika dulu menebal dalam dirinya? atau rasa hormat itu hilang bersama kekayaan dan kemewahan yang sedang dia nikmati sekarang?

wallahuawa'lam...

  • Walaupun siapa kamu, tiada siapa yang akan mendendami kamu kerana kami sentiasa sedar akan kelemahan diri kami. Jangan dikata badai yang hadir kerana balasan di atas kesilapan lampau kerana sekurang-kurangnya Yang Maha Esa sedang mengingatkan kami akan kekuasaanya berbanding dengan dirimu yang kelam dalam perasaan bongkak dan takbur akan diri sendiri.

  • Mohan jutaan maaf jika penulisan ini bisa mengguriskan hati mu, tetapi inilah suatu kenyataan kerana perjalanan kehidupan kalian masih panjang dan cuba kalian nilaikan apakah tiap perkara yang kalian doakan telah dimakbulkan? dan apakah kalian telah mendapat surat janji ke syurga?


2 comments:

  1. dulu masa sekolah,
    ustazah :kenapa awak seme pakai tudung
    murid: tuntutan agama ustazah
    ustazah: pandai, tp kenapa kamu betudung tp masih melakukan perkara tak baik.
    murid: kami baik ustazah sbb pakai tudung labuh
    ustazah; oleh kerana kamu seme bertudung labuh la kamu seme kena malu ngan tudung labuh kamu, beringat sebelum berkata-kata, beringat sebelum berbuat sesuatu yg x baik. kalo kamu x malu ngan Allah pun malu la ngan tudung labuh kamu. tudung labuh kamu bukan lesen utk kamu berlagak sebagai ahli syurga dan memberi hukum ats salah manusia. paham.
    murid: (terdiam)

    ReplyDelete
  2. mcm aku pernah dgr this stori mori..AHAKS......ms aku sekolah dekat tutttt tutttt tutttt tutttt.

    ReplyDelete