sajer-sajer.


Bila ijab dan kabul disahkan maka termaktublah sebuah ikatan antara adam dan hawa. Tak perlukan MOU @ surat perjanjian @ minit mesyurat, hanya sekadar surat pendaftaran sebagai syarat perkahwinan di Malaysia.

Masa berlalu, kukuhnya ikatan bergantung kepada ketuanya, pemandunya, perancangnya, dan ahli-ahlinya. Tapi dalam pada kita berwaspada untuk mencari bahagia pasti ada silapnya. Silap yang datang sehingga kita merasakan nafas di penghujungnya. Nafas yang tiada lagi seninya, tiada lagi bahagianya, yang ada hanya biarlah mati yang menjemput..itulah sebuah ungkapan yang sering kita dengar.

Bila ditanya pula pada kita akan masalah sebegini, "Apakah keputusan/ tindakan yang perlu aku buat selepas ini"...

  1. Adakah sebagai insan yang paling rapat denganya akan memberikan jawapan yang mengguriskan hatinya.

  2. Apakah jawapan kita itu akan memberikan kesan negetif sehingga berlakunya sebuah perceraian?

  3. Dan apakah jawapan pada soalan kita tu akan menyebabkan kita dipersalahkan di kemudian hari nanti?

Dalam masa yang sama, kitalah yang menjadi harapanya untuk memberikan jawapan terbaik apakah perkara yang HARUS dibuat untuk menjauhkan kesempitan hidup ini dari terus memakan dirinya.



Tapi kadang-kadang berfikir sendiri, apakah jika berlakunya sebuah perpisahan/kegagalan/keruntuhan/kesakitan dan lain, apakah itu berpunca dari nasihat-nasihat yang diberikan padanya? Sedangkan dalam manusia berdepan dengan sebuah masalah besar dalam hidupnya, dirinya kini tidak waras lagi. Maksudnya, tidak waras dari tatacara berfikir dan mencari jalan penyelesaian. Tapi beringatlah bahawa Yang ESa itu hanya menguji pada takat kemampuan hambanya. Itu janjinya. Namun di kala keadaan itu menerpa diri kita, pemikiran kita akan jauh tersasar.

Kini, dalam keluar dari kemelut hanya dua keadaan harus kita fikirkan :-

Pertama :- Sayangi diri kita, yakni keluar dari kepompong derita itu dengan meninggalkan manusia yang prejudis.

Kedua :- Berdepan dengam memelihara cinta dan kasih kita padanya tetapi derita tetap akan terus melakar indah dlm benak fikiran.

Semoga di kala kita membuat keputusan, Allah swt merestuinya. Amin.

No comments:

Post a Comment