Hepi Mothers Day
2012 merupakan tahun kedua sebagai seorang mama. Mama kepada si kecik : Qisha. Alhamdulilah, tak terkira syukur ke hadrat ilahi betapa anugerah ini sungguh indah.Indah kerana diberi peluang untuk menjadi mama.
Kepada Mama : Pn Sharifah Fatimah bte Syed Setapa, betapa diri ini terus memerlukan dirimu selama diri ini bernafas. Selama diri ini mengorak langkah selama itulah diri ini memerlukanmu. Hanya satu doa satu restu satu senyuman membawa kepada kebahagian untuk diri ini.
Ma, selagi nafas ini ada selagi itu akan ku cuba membawa seribu bahagian untuk mu. insyallah.
Teruskan senyuman itu ma, jgn lagi apa kesakitan mendekatimu.pergi jauh wahai penyakit. aku terlalu sakit bila dia menderita menahan kesakitan. selagi terdaya, aku ingin terus melihat dia tersenyum indah. kerana dialah sang suria ku...
![]() |
![]() |
Di sini, di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua Mama, Umi, Mamy, Mak, Che, ibu dan apa sahaja ungkapan yang menjadikan kita semua seorang yang unik.
Semoga hati kita terus disinari kegembiraan, terus mendoakan kesejahteraan dan kita akan terus melangkah sebagai mama yang berjaya di dunia dan akhirat.



No comments:
Post a Comment