apa yang perlu ejen insuran berikan kepada pelanggan

MAAF..saya bukan ingin menimbulkan apa-apa isu..

dan saya bukan enejn insuran (hingga ke hari ini, esok xtahulah kot2 saya tergerak hati untuk menerima cabaran sebagai seorang ejen insuran)

apa yang ingin saya katakan...

1.

Insuran memang penting untuk saya, untuk keluarga. Kenapa penting ?? sebab yg kita byr bulan2 tu yang tak nampak untuk apa kita byr tu lah yang akan tolong kita masa kita dlm kesusahan.

cth : penyakit biasa org pompuan - untuk sampai dotor ishtiharkan penyakit tu mmg mengambil masa yang lama. dan proses yang kita jalani tu memerlukan duit. betulkan...at least, insuran ada yang menyelamatkan kita untuk kita buang perasaan sakit hati, lambat, "khidmat kureenggg baik" atau perkara-perkara yg menyakitkan hati kita jika kita mampu membiyai sendiri segala kos perubatan dengan cara insuran.

nak lebih lanjut, ejen biasa akan bercerita lebih lanjut.

2.
cuma, apa ejen kena tahu di hati kami sebagai pelanggan...


2.1 TOLONG KAMI PANDU KAMI

maksud saya, jgn ejen datang sebagai pembaca takdir. maksudnya, "Awak tak tahu esok awak masih hidup sempurna atau x" @ "Awak mampu ke nak duduk di hopital bertaraf 5 bintang" @ "Awak yakin awak sihat selamanya"

please, kakak & abang ejen, datanglah kepada kami bawak pakej. bukan bawak takdir. Kami blurr bab insuran tetapi anda memang terlalu profesional mengenai insuran. 

datanglah kepada kami dengan cara kenal kami siapa, cth : saya seorang ibu kepada 2 anak dengan gaji RM1500.00/ sebulan..jadi apa kemampuan saya untuk melanggani pakej dalam  insuran anda.

nasihatlah kami tentang tiap2 pakej yang ada. Bukan lebih kpd nk copy IC n SIGN. 

Maaf sgt2 

2.2 Ramai ejen diluar sana dengan pelbagai syarikat insuran

Syarikat akan mempelbagaikan produk mereka untuk mendapat keyakinan pembeli. Tapi bagi sayayang xberapa banyak masa untuk mengkaji produk2 setiap syarikat dengan bahasa insuran yang memang saya pyh nak memahami, saya mmg akan memberikan kepercayaan sepenuhnya kpd ejen yang dtg dihadapan saya.

so, macamana saya nk pilih ejen yang baik?? 

adakah saya perlu beli byk insuran untuk saya seorang?

mampukah saya??

jadi, perkara ini biasa berlaku kepada pembeli. Kami bertawakal kepada setiap ejen. Ramai yang kata pilihlah ejen yang sepenuh masa bekerja untuk insuran. Andaian saya, TAK KOT. apa yang perlu ejen buat, datang kepada kami dengan kejujuran anda.

Kalaupun kami dh sign tanpa kejujuran maklumat, masa claim nanti segalanya akan diketahui juga.

2.3 APA YG KAMI NAK TAHU

ini lebih kpd saya, apa yang saya nak tahu

(1.1) nak tahu anda akan menjadi ejen saya sampai saya berumur 80 tahun ker? sebab polisi biasanya sampai antara umur 80 hingga 91 tahun

(1.2) Kami nak tahu tentang disebalik byrn yg kami buat. Contoh dlm byrn tiap2 bulan tu apa % yang kami byr. 
mklmkanlah kpd kami bila kami nk claim akan ada co insuran @ byrn2 lain yang tidak dicover oleh syarikat insuran. 

Kerana, bila dihari "kejadian", insuran akan membantu kami sepenuhnya dan tidak akan ada lagi ayat

memang insuran tu menipu...

walhal, insuran tu sebenanya payung yang mendamaikan. tidak siapa yang akan bantu kewangan kita di ketika itu..percayalah...sebab perubatan ini terlalu mahal kosnyer.

(1.3) maklumkanlah kpd kami ttg proses claim, bg tau kami cara anda bekerja...jadi tidaklah kami akan aim anda xbuat kerja...



*************** maafkan saya tentang entry ini..nak tulis panjang2 lagi saya risau akan di "bom" oleh anda yang salah phm maksud saya.......TQ

Nota Kaki : BELILAH INSURAN UNTUK DIRI ANDA DAN YANG TERSAYANG KERANA ITULAH HADIAH YANG PALING BERHARGA UNTUK DIRI KITA & INSAN YANG PALING DEKAT DI HATI KITA.     

----------------------

Jom tgk fb kedai kecil ai : https://www.facebook.com/qcorelle.qvantage?fref=ts

#kedai pinggan mangkuk



#Kedai Perfume


No comments:

Post a Comment