selamat tinggal 2013.

2014

Boom..Boom...Boom

Tandanya 2013 semakin jauh meninggalkan kita. Walau telah lama datanganya angka baru, tapi disini saya tetap ingin mengambil peluang untuk mengucapkan 

"SELAMAT TAHUN BARU,"

Apa biasanya yang dikaitkan dengan Tahun Baru ????

1. Azam  baru

2. Kenangan dulu

3. Semangat yang menggunung.

Ya, sama macam saya. 2013 adalah jerih dan perih saya dan Tahun terakhir saya dengan arwah abe ( abe meninggal kerana kanser).

Tapi, pada hari kematianya, saya dihadiahkan dengan seorang anak kecil yang sangat comel iaitu Adam Haris. 

Semasa abe dikafankan dirumah saya, saya sedang di labour room untuk Adam Haris. Takdir telah menetapkan untuk kita tidak berjumpa, Tapi di sana Insyaallah saya sentiasa berdoa untuk kita diketemukan. Amin.

Saya tidak ada apa bicara disini, cukup saya inginkan :-

Ya allah, Berikanlah mak dan abah saya kesihatan yang baik, Dipermudahkan tiap urusan hidup dan mati mereka.

Ya allah, berikanlah kebahagian dalam rumahtangga saya sampai bila2, Permudahkan urusan hidup dan mati kami.

Ya allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah.

Ya allah, jadikan keluarga kami keluarga yang angkau pengmudahkan tiap urusan sebagaimana engkau permudahkan urusan hamba-hambamu yang soleh.

2014 : Nafas baru, saya ingin menulis...hmmm, menulis apa??? penulisan yang berkait dengan kerjaya saya.  

No comments:

Post a Comment